Khamis, November 03, 2011

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini.
    
Menteri Besar Kelantan itu meminta pihak kerajaan dan berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program itu yang jelas boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.
    
"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu.
    
"Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pasukan The Red Warriors di Kota Bharu hari ini.
    
Penganjuran program itu dipromosikan melalui lamanweb www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.
    
Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.
    
Nik Aziz berkata soal kebebasan sebenarnya mempunyai had tertentu dan negara ini tidak boleh sama sekali membenar dan mengiktiraf budaya songsang diamalkan.
"Kita sokong Ambiga dalam perkara berkebajikan tetapi bila sesuatu yang bercanggah kita tidak sokong, tidak ada dalam dunia ini kebebasan sepenuhnya, yang ada hanyalah kebebasan bersyarat.
"Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang bersandarkan ke atas hak asasi?
"Justeru, tindakan tegas perlu diambil dan ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan di sini, hari ini.
Ps: Baca betul - betul kenyataan Si Wali Terompah tu. Dia sendiri kata Kebebasan Mutlak ni memang tak ada. Yang ada hanyalah Kebebasan Bersyarat.

Jadi, lepas ni kalau ada lagi puak - puak Pakatan Pembangkang yang perangai macam Haramjadah tu kata yang diorang nakkan Kebebasan Hak, suruh diorang tanya Nik Aziz.

Jangan nak pandai - pandai buat tuntutan yang bukan - bukan. Lain kali fikir dulu sebelum nak bercakap. Kalau tidak, tak pasal - pasal je songeh!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Tak pernah dan tak akan percaya pada MB Kelantan nie. Dari dulu hingga sekarang apa yang di ucapkan oleh nya tidak pernah tegas...tapi hanya semata-mata untok keuntongan politik. Think twice before you listen to him.

    BalasPadam
  2. Orang nyanyuk mabuk dek kuasa niee !!!?
    Yg gila glamor niee...!!!??? Dia punya cakap !!!??
    kih kih kih....
    Baik dengor budak nangis...!!! da tentu kita tau budak tu tak berakal sgt....

    BalasPadam
  3. Baguslah kalau Nik Aziz berpendirian tidak menyokong program Seksualiti Merdeka. Ini yang seharusnya berlaku dikalangan para pemimpin melayu dan Islam.... Sama-sama bermuafakat dan bersatu didalam menjaga kehormatan dan kesucian agama.

    Marilah sama-sama kita berpegang pada Tali Allah..

    Jauhi persengketaan, galakkan persaudaraan....

    'Kepada Allah kami berserah'

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping