Khamis, November 03, 2011


Masuk kali ini, dah tiga kali Datuk Dr. Hassan Ali mengingkari arahan dan 'wahyu' yang diturunkan oleh Kepimpinan PAS Pusat.

Nampak sangat PAS Pusat semakin takut dengan tindakan berani mati yang diambil oleh Datuk Dr. Hassan Ali ni Takut bukan sebab apa. Diorang takut hilang undi.

Maka sebab itulah diorang beria - ia menghentam Dr. Hassan Ali setiap kali ada kesempatan yang terbuka walaupun ianya bertentangan dengan tuntutan Islam.

Apa salah Dr. Hassan Ali? Dia hanya nak menegakkan syiar Islam. Bukankah itu merupakan dasar perjuangan PAS? Atau adakah PAS dah lupa agenda mereka ini?

Jadi tak heran la kalau lepas ni, Dr. Hassan Ali akan dikenakan tindakan disiplin oleh PAS Pusat kerana beliau turut menjadi Jurucakap bagi membantah Seksualiti Merdeka. Pemimpin PAS lain pulak macam mana? Dah bisu ke diorang ni???
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Shah Alam esok bagi membantah program Seksualiti Merdeka dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disenarai antara pemimpin yang akan berucap.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pembela berkata, turut akan berucap ialah pengerusi pertubuhan bukan kerajaan itu sendiri, Dr Yusri Mohamad dan pemimpin Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, dan Yusri terlibat dalam penganjuran Himpun, yang memfokus isu murtad, akhir bulan lalu di Stadium Shah Alam.
Demonstrasi esok akan diadakan selepas solat  Jumaat, kata Pembela dalam satu kenyataan.
“Program demonstrasi bertujuan membantah gerakan jahat yang tidak bermoral ini serta rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Demonstrasi ini adalah anjuran Pembela bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang lain,” kata Pembela.
Pembela menambah, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penjaga dan penyokong program yang telah merencanakan agenda jahat gerakan homoseksual di Malaysia sekian lama.
“Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Fear juga ingin mencabar kedudukan Perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya lagi.
Katanya, Islam adalah agama persekutuan dan ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan penganjur program itu telah mencabar kepimpinan tertinggi negara.
“Program tanpa moral mereka yang menuntut pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender akan mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia.
“Tuntutan mereka juga mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta mengancam ketenteraman dan kemanan negara,” katanya lagi.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. khalid gereja, hj. Hadi dan Mat Syabu macam mana? tak nak turun ke program anjuran awek mu yang manis jelita si Ambiga tu...macam2 program dianjurkan... silap2 bleh jumpa si AnuARGAy sekali kat sana!...kehadiran anda merupakan support kepada majlis ni dan bertambah meriah kalau bawak sekali semua pencacai2..

    BalasPadam
  2. Mat Syabu kalau tak hadir ada alasan, dia 'main dapur' lalok terlebih hingga terlepas program berkenaan. Kalau Khalid Samad dan Hadi Awang nak joint sekali boleh, paling kurang ada alasannya untuk elak sertai perhimpunan itu.

    Menangis lagilah si tua Nik Aziz lihat anak buahnya 'main dapur' pula.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping