Ni apa hal pulak Dr. Asri ni? Beria - ia pulak dia nak cabar Hassan Ali keluarkan senarai umat Islam yang dimurtadkan di Negara ni.
Tapi jangan salah faham. Apa yang Dr. Asri buat ni hanya untuk menuntut Kebenaran dari pihak Datuk Dr. Hassan Ali sebab isu ni sangat sensitif.
Maka, memang patut sangat la Dr. Hassan Ali kemukakan bukti berkaitan dengan soal umat Islam yang telah dimurtadkan ni. Keluarkan senarai nama tu.
Akan tetapi, Dr. Asri kena ingat. Jika dikeluarkan senarai nama ni nanti, Kemungkinan besar orang - orang yang terlibat akan sama - sama menghadapi bahaya.
Kalau ikut hukum Hudud, orang yang murtad boleh dibunuh. Jadi Semut takut nanti, ada pulak puak - puak PAS yang pergi cari orang - orang ni.
Jadi, sebab tu la senarai nama ni tak boleh nak dikeluarkan sesuka hati dan didedahkan kepada umum. JAIS pun tahu jugak jaga keselamatan orang lain!!! Nanti yang marah Teresa Kok jugak!!!
KUALA LUMPUR, 18 Nov — Bekas mufti Perlis menggesa pihak berkuasa agama Selangor mengeluarkan nama-nama umat Islam yang murtad jika benar-benar pemurtadan di negeri tersebut benar-benar wujud dan semakin serius agar dapat mengambil tindakan mengatasinya.Sambil menegaskan tuduhan murtad amatlah besar, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, menyatakan sejumlah besar Muslim murtad adalah memalukan umat Islam itu sendiri dan Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali (gambar) wajar mengeluarkan senarai mereka yang meninggalkan Islam untuk memberi gambaran sebenar dan mencari punca-punca yang membawa kepada masalah tersebut.“Perlu tanggungjawab atas dakwaan ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini sambil menambah bahawa “saya mengharapkan pihak beliau boleh mengeluarkan nama-nama mereka berkenaan jika benar wujud.“Kedua, dengan senarai nama itu, boleh membantu untuk pihak lain membuat kajian tentang punca murtad jika benar berlaku,” katanya lagi.
Ps: Tapi Semut yakin. Tindakan Malaysian Insider memaparkan pandangan dan reaksi Dr. Asri ni sebenarnya bertujuan untuk melaga - lagakan kedua - dua individu tersebut sahaja.
Diorang saja je nak mengucar - kacirkan serta memecah belahkan kedua - dua tokoh agama tersebut agar berperang sesama sendiri.
Kita pun bukan tak tahu yang Malaysian Insider ni pun lebih kurang je dengan Merosakkini. Mereka hanya nak mengelirukan rakyat je kerjanya!!! Bukan ada kerja lain!!!
fitnah dajjal sebagai menjadi2
BalasPadamjom ke blog sy
penyangak memang suka lagakan orang lain.. elok diorang buat news penyangakkini..
BalasPadamDr Asri dah termasuk dalam perangkap Dajjal .... Minta dijauhkan Allah... Kalau Dr Asri Ikhlas ..sepatutnya pergi la jumpa dengan Dr Hassan dan berbincang one to one dan kemudian sama-sama usahakan kearah kebaikan ugama kita... Wallahualam..
BalasPadam