Kenyataan Tuan Ibrahim dipercayai merujuk laporan media-media arus perdana yang mensensasikan kenyataan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (bawah, kanan) baru-baru ini yang berkata Pakatan akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.Katanya, PAS yakin rakyat terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN sekiranya Pakan mengambilalih tampuk pemerintahan nanti selepas PRU-13."Dengan pentadbiran bersih dan kebolehan Pakatan seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri kuasaan mereka, sekiranya diberi mandat nanti, PAS yakin pendapatan dan bajet kerajaan akan bertambah sihat dengan pengurangan hutang negara secara berperingkat.“Pada masa itu, rakyat, terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN. InsyaAllah," katanya.Oleh itu, menurut Tuan Ibrahim, apa yang penting sekarang ialah untuk menyedarkan seluruh kakitangan awam bahawa mereka perlu bangkit membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik.
Ps: Dalam erti kata lainnya, Pak Berahim menyifatkan kakitangan Awam sedia ada sekarang ni tak efisyen dalam menjalankan kerja serta melaksanakan tanggungjawab mereka.
Maka atas sebab itulah dia pun menyokong cadangan Si Tony Puaka tu agar kakitangan awam sedia ada ni ditendang kemudian.
Jadinya, itulah bentuk perubahan yang diseru oleh Pak Berahim dari kalangan penjawat Awam ni demi masa depan diorang.
Disebabkan kakitangan Awam di Negeri bawah Pentadbiran diorang la, maka Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian berjuta - juta ringgit.
Sampai sekarang, Si Khalid Gagap tu masih tak dapat nak jelaskan, ke mana perginya duit tu semua. Sampai hari ni, dia masih tak dapat jawab soalan tersebut.
Adakah itu yang dimaksudkan oleh Pak Berahim dengan Pentadbiran Bersih dan kebolehan Kerajaan Pakatan Pembangkang sedia ada? Kalau macam tu, bukan membantu membangunkan Negara. Nak bankrapkan lagi, ada la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.