Semalam, dalam laman Portal Merosakkini menyiarkan satu artikel yang mempertikaikan soal ibadah korban umat Islam didalam Malaysia.
Pertikaian tersebut datangnya dari sebuah badan yang dianggotai oleh Bukan Islam. Ianya ternyata memaparkan provokasi terhadap amalan umat Islam di Malaysia ini.
Apa yang peliknya, soal pertikaian ini tidak pula diterbitkan oleh Merosakkini dalam bahasa Melayu. Ia hanya dipaparkan dalam ruangan bahasa Inggeris mereka sahaja.
Nampak sangat Merosakkini nak selindungkan laporan tersebut daripada pengetahuan orang Melayu Islam yang selalu melayari laman portal bahasa Melayu mereka.
Apa pendirian PAS selaku parti yang KONONnya memperjuangkan agama Islam dalam soal ini? Adakah mereka akan membiarkan sahaja ianya menjadi pertikaian oleh orang lain?
Selama ini, tidak pernah lagi perkara seumpama ini dipertikaikan oleh mana - mana pihak seperti ini. Namun, ia seolah - olah mahu pula disembunyikan oleh portal tersebut.
Adakah itu tindakan mereka yang bertanggungajawab? Jelas, portal Merosakkini tu sengaja nak menimbulkan perbalahan sesama masyarakat Malaysia.
Tapi yang peliknya, puak - puak Pakatan Pembangkang tu selalu kata yang BN mengamalkan budaya benci - membenci dikalangan kaum di Negara ini.
Apa yang Merosakkini buat ni tak pulak dikatakan sebagai pencetus kebencian sesama rakyat. Nampak sangat puak - puak Pakatan Pembangkang tu cakap tak serupa bikin.
Memang sah diorang hanya nampak nyamuk diseberang laut, tapi gajah mati depan mata, diorang buat - buat lupa pulak!!!
Ps: Dalam kesempatan ini, Semut mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha kepada seluruh umat Islam didalam Malaysia dan juga diluar Negara.
Semoga kita sama - sama dapat menghayati erti Pengorbanan dan mendapat berkat dalam setiap amalan kita seharian daripada Allah S.W.T. Insya Allah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.