Aik!!! Lain macam betul puak - puak Pakatan Pembangkang di Terengganu ni ye. Orang lain sibuk buat bantahan terhadap sebarang karnival.
Diorang boleh pulak buat karnival sendiri. Siap ada acara main rebut - rebut kerusi lagi. Ingatkan budak - budak je main rebut kerusi ni.
Tapi ni rebut kerusi bukan sebarangan. Ini rebut kerusi sebab masing - masing Gila Kuasa dan nak tunjuk yang diorang ni handal dan siapa yang lebih berkuasa.
Bagus jugak diorang buat karnival seumpama ni. Senang sikit rakyat Malaysia nak tengok sejauh mana Kesefahaman diantara puak - puak Pakatan ni sebenarnya.
Cuma nasihat Semut, puak - puak PAS kena jaga - jaga sikit dengan PKR ni. Diorang suka main belakang. Silap hari bulan, bukan setakat rebut kerusi je. Takut kerusi tu pun terbang sekali!!!
PAS Terengganu belum bersedia untuk mengalahkan BN di negeri Terengganu, kata ketua AMK negeri Mohd Alfaizal Amjed.
Beliau juga menolak dakwaan PKR negeri mementingkan diri sendiri dalam perbincangan pembahagian kerusi dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“PAS Terengganu masih belum faham dengan apa yang dipanggil “pakatan politik”.
“Jika isu permasalahan perbincangan kerusi dibangkitkan oleh PAS Terengganu adalah kerana PKR
Terengganu mementingkan diri sendiri ini tidak benar dan tidak munasabah, PKR Terengganu hanya ingin menjayakan dan meraikan apa yang dipanggil “pakatan politik”,” katanya.
Menurut beliau,“pakatan politik” dirujuk sebagai kerjasama atau pergabungan antara beberapa parti yang dipersetujui selepas 3 Mac 2008 ianya dipanggil “Pakatan Rakyat.”
“Pakatan juga menyediakan satu rencana dasar dan kebajikan untuk membawa keluar bangsa, negeri dan negara dari kemelut yang semakin meruncing,” tambahnya.
Menurut Mohd Alfaizal, AMK dan PKR Terengganu juga tidak mahu tergelincir akibat dari fahaman politik yang sempit, politik adu domba dan demokrasi otoritarian.
Akhir sekali, AMK Terengganu pertegas komitmen untuk kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat meskipun ada parti di dalam pakatan yang masih belum mampu memahami erti menjadi sebahagian daripada pakatan.
Sebelum ini Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid dilapurkan sebagai berkata, rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan PKR di negeri itu belum selesai.
Difahamkan PKR mahu mendapatkan lebih banyak kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang tetapi hasrat ini tidak dipersetujui PAS.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.