Rabu, November 09, 2011


Alamak ai!!! Apa nak jadi dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni? Kalau dengan UMNO, bukan main lagi diorang balun. Siap kata orang kafir dan sebagainya.

Tapi kalau dengan Si Ketua Penipu tu, main sindir - sindir pulak. Tak de pulak diorang nak kecam kenyataan Si Ketua Penipu tu.

Cuba kalau pemimpin UMNO yang keluarkan kenyataan bahawa Seksualiti Merdeka ni tak salah. Ianya hanya medan untuk meluahkan pandang. Tengok macam mana reaksi diorang.

Dah tentu - tentu diorang akan buat tuduhan dan dakwaan yang macam - macam. Membelakangkan perjuangan Islam la, itu la ini la.

Tengok masa diorang buat bantahan terhadap penganjuran konsert Elton John pun dah cukup. itu pun dah macam - macam tuduhan yang dibuat.

Tapi bila Si Ketua Penipu tu buat kenyataan yang penganjuran program Seksualiti Merdeka ni wajar dilaksanakan, diorang boleh pulak kata tak apa.

Boleh pulak diorang pejamkan mata dengan kenyataan Si Ketua Penipu tu. Siap kata ianya tak jejaskan hubungan pulak. Seolah - olah diorang menghalalkan pulak program tersebut.

Ini ke perjuangan Islam yang nak ditonjolkan oleh PAS? Nampak sangat ianya Retorik semata - mata. Tolong la. Jangan la jadi Hipokrit. Kalau nak berjuang, buat la betul - betul.

Setakat main berat sebelah macam ni, perjuangan menda kejadahnya. Kot ye pun nak menegakkan Islam, jangan la sampai sanggup jadi Munafik!!!
PETALING JAYA: PAS tetap menentang Seksualiti Merdeka, bagaimanapun parti itu menegaskan perbezaan pendapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu tersebut tidak akan meretakkan hubungan PAS-PKR.
“Ia takkan jadi masalah,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi.
“Hak memberi pandangan itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.
Tuan Ibrahim berkata ketika diminta mengulas sebagai  kenyataan Anwar yang menyokong hak bersuara Seksualiti Merdeka.
Anwar hari ini menyatakan bahawa beliau menyokong hak bersuara Seksualiti Merdeka.
Kata Anwar, ini tidak bermakna bahawa PKR menyokong pendirian kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transseksual (LGBT).
Anwar merupakan ketua umum PKR dan Pakatan Rakyat.
Tuan Ibrahim turut menegaskan pendirian PAS yang menentang acara anjuran kumpulan LGBT tersebut.
“Kita menentang tuntutan kumpulan itu kerana tuntutan mesti selaras dengan budaya dan agama supaya tidak timbul polemik di kalangan anggota masyarakat,” kata Tuan Ibrahim lagi.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Ini dinamakan ulamak cari makan

    BalasPadam
  2. bukan ulamak, ular kuat makang pak berahim ni .... fuck you pak berahim penyu tak bertelo ...

    ./eisaemillio

    BalasPadam
  3. Gua sedih tengok WAKIL RAKYAT yang dapat habuan dari duit rakyat. Tak sanggup hendak tegakan kebenaran.. Sedarlah diri YB oii... hanpa tak dengar teguran kami tak pa, nantikanlah herdikan kepada anda di akhirat kelak akibat mengadai agama kerana tak berani nak tengakan kebenaran. Ya ALLAH, hamba mu ini berlepas diri dari kemunafikan dan ampunkan hamba dari dosa-dosa tersebut. Semoga engkau tegurlah mereka didunia ini ya ALLAH agar mereka disucikan semasa menghadapmu nanti ya ALLAH...Amin.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping