KOTA TINGGI - Siapa sangka hobi sepasang suami isteri di sini, yang gemar masuk hutan mencari akar kayu telah menemukan mereka dengan akar pokok ganjil menyerupai jantung manusia.
Pasangan berkenaan, Madon Ismail, 65, dan Fatimah Ibrahim, 55, yang tinggal di Kampung Tembioh pernah menolak tawaran sebanyak RM10,000 daripada rakan yang berminat mahu memiliki akar ganjil itu.
Madon berkata, keunikan akar ganjil itu membuatkannya mudah menolak tawaran daripada mereka yang mahu membelinya.
“Pertama kali apabila saya terjumpa akar ini iaitu pada tahun lepas, saya bersama isteri sedang mencari akar kayu di sebuah hutan berhampiran Bukit Aping,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, ketika sedang mendaki bukit, dia berasa aneh apabila ternampak akar pada sebatang pokok yang mempunyai bonggol besar di bahagian hujungnya.
“Didorong perasaan ingin tahu dan merasakan ia sesuatu yang ganjil, saya mengambil keputusan mengorek tanah berkenaan. Ternyata, usaha yang dilakukan tidak sia-sia apabila mendapati akar itu seakan jantung manusia.
“Dengan pertolongan anak-anak, kami berjaya membawanya pulang ke rumah. Namun, ia terpaksa mengambil masa selama dua hari ekoran akar berkenaan yang terlalu berat,” katanya.
Sementara itu, Fatimah berkata, ekoran penemuan ganjil itu ramai saudara mara dan rakan yang datang ke rumah mereka untuk melihat sendiri akar itu.
“Ia adalah keajaiban ciptaan ALLAH SWT, malah kami juga tidak menyangka akan menjumpai akar seaneh ini. Setelah dibersihkan dan divarnis, akar berkenaan kini dijadikan hiasan di rumah dan sehingga kini ada sahaja kunjungan daripada rakan dan saudara yang ingin melihat sendiri akar itu,” katanya.
Ps: Fuh!!! Nasib baik diorang tolak duit yang pernah ditawarkan untuk membeli akar kayu yang unik tu. Itu menandakan yang diorang ni tak gilakan duit sangat.
Apa yang diorang lebih berminat ialah menikmati pemberian Allah S.W.T dan mengagumi Kebesaran Yang Maha Esa.
Tak la macam sesetengah Ahli Parlimen dikalangan Pakatan Pembangkang yang perangainya macam Haramjadah tu. Bila orang bagi duit, suruh ambik.
Tapi, tak pernah pulak diorang bersyukur dengan apa yang diorang dapat. Yang diorang tau hanya nak mempertikaikan itu dan ini sahaja.
Macam contoh duit RM100.00 tu. Diorang pandai pertikai, tapi ada tak diorang tolak daripada menerima duit bantuan tersebut?
Boleh kerat jari la kalau diorang tolak pun!!! Sedangkan duit elaun jadi Ahli Parlimen pun diorang kebas, inikan pulak duit bantuan untuk anak - anak. Lagi la diorang suka. Tak payah susah - susah nak cari kerja!!! Boleh la diorang menipu rakyat je lepas ni!!!
Duit zakat pun balun pakai sendiri gak ...
BalasPadamDari pokok kayu apa tu... Ada kaitan dengan khasiat perubatan ka ???
BalasPadamPakar pakar tak ada datang buat kajian ka ??