"Gua Tak De Telur Ma!!!" |
Perkara ni memang sah dan tidak perlu lagi ianya dipersoalkan lagi. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang dari kalangan manusia yang Penakut!!!
Diorang bukan sahaj takut dengan bayang - bayang mereka sendiri, tetapi mereka juga sebenarnya takut dengan Kebenaran.
Tengok Si Ketua Penipu tu je pun dah cukup. Dia sampai hari ni cukup takut nak menegakkan Kebenaran walaupun ianya ada kaitan dengan maruah diri serta keluarganya sendiri.
Jadi tak heran la kalau pengikut - pengikut dia pun turut mengikuti jejak langkah yang sama dengan dia. Diorang pun sama Penakut!!!
Maka sebab itu la diorang bagi banyak alasan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan Kerajaan Pusat.
Hakikatnya, diorang tau yang diorang akan kalah sekiranya perkara tersebut dilakukan. Cuma, persoalannya adakah mereka cukup yakin untuk menang secara berasingan?
Tapi apa boleh buat. Kalau dah dasar Pengecut tu, Pengecut jugak la. Bagi la alasan apa pun, kalau dah tak de telur nak berhadapan dengan Kebenaran, pun ada hati nak jadi Pemimpin jugak ke!!! Ceit!!! Pigidah!!!
SERDANG, 20 Nov — Lim Guan Eng hari ini berkata kepimpinan Pakatan Rakyat secara bersama akan menentukan sama ada Pulau Pinang perlu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri serentak dengan pilihan raya umum nasional, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.Khamis lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum Parlimen diadakan sebelum Jun depan.“Itu keputusan Tan Sri Khalid. Sudah tentu beliau ada prerogatif untuk ambil keputusan itu.“Tetapi pada masa yang sama, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri ada prerogatif, saya mengambil pendekatan berbeza, saya mahu berunding dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini selepas Persidangan Tahunan DAP Selangor di sini.Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tidak mahu mengecewakan rakyat negeri Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan.Baru-baru ini, dengan memberikan lima alasan, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum tergempar.Terdahulu Pemuda MCA mendakwa Pakatan Rakyat tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak sama ada “kerana tidak bersedia untuk berhadapan dengan calon-caloan Barisan Nasional atau bebas ataupun gagal dalam menunaikan janji-janji pilihan raya.”
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.