Rabu, November 02, 2011


Dengar kata usaha Si Tian Chuak nak memotong gaji Perdana Menteri hari ini menemui kegagalan di dalam sidang Dewan.

Namun apa yang dilaporkan, sepanjang sesi perbahasan itu berlansung, keadaan didalam dewan menjadi gamat dengan pertikaman lidah diantara kedua - dua belah pihak.

Malah, tindakan tersebut juga turut membangkitkan kemarahan Spekear Dewan Rakyat apabila wakil rakyat dikalangan Pakatan Pembangkang mencelah tanpa kebenaran.

Tindakan tersebut dianggap sebagai satu pencabulan terhadap peraturan yang ditetapkan dewan. 

Tambah hangat apabila ada dikalangan mereka yang cuba mengajar dia dengan mengarahkannya mengenai cara dia melakukan tugas.

Apa yang peliknya, dikalangan wakil rakyat itu tidak pula tahu nak menghormati dewan dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya seperti 'Bodoh' dan sebagainya.

Usul tersebut bagaimanapun ditolak dengan undi majoriti setelah ianya dibahaskan oleh beberapa orang ahli Parlimen termasuk dari Pakatan Pembangkang dan pihak Kerajaan.

Kalah undian ni pun kita dah tau sebab apa. Dah tentu sebab ada dikalangan wakil rakyat dari kalangan Pakatan Pembangkang tu yang tak datang.

Jadi, sebab itulah diorang kalah dalam undian tersebut. Sepatutnya yang mana selalu ponteng sesi dewan ni yang perlu dipotong gajinya sebab diorang tak buat kerja.

Penat - penat rakyat pilih diorang jadi wakil, diorang boleh pulak mengkhianati tanggungjawab yang telah diberikan. Nampak sangat diorang ni tak reti nak jaga amanah.

Dalam isu yang sama, Si Biawak Guan Eng tu turut akan dikenakan tindakan yang sama apabila ada pihak yang mendesak agar gajinya dipotong.

Pun atas sebab yang sama iaitu dia tak menjalankan tugas dia sebagai seorang wakil rakyat dan ketidak mampuan dia menyelesaikan masalah rakyat.

Jadi, memang patut sangat la gaji dia ni dipotong sebab dah terang - terang dia tak buat kerja. Apa yang dibuat ialah mengabihkan duit rakyat je. Lepas tu menipu. Itu je la kerja yang dia tau buat pun!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping