Sabtu, November 12, 2011


PEMBUKAAN Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di beberapa lokasi perumahan dan kawasan komersial sekitar ibu negara mula memberi tekanan kepada pengusaha pasar raya besar dan peruncit yang mula menurunkan harga barang keperluan pengguna.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim, berkata perkara itu semakin jelas apabila pihak pembangkang cuba menimbulkan isu perbezaan harga antara barang KR1M dengan produk pasar raya besar.

“Kementerian berterima kasih kepada tiga ahli Yang Berhormat (YB) terutama Kuala Selangor (Dr Dzulkefly Ahmad), Lembah Pantai (Nurul Izzah Anwar) dan Petaling Jaya Utara (Tony Pua Kiam Wee) kerana menjadi pemerhati harga bagi pihak KPDNKK.

“Ini kerjasama baik antara KPDNKK, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat...bagus, bermakna apa yang kami buat, YB tak bantah dan bagi pula maklumat kepada kami.

“Ini satu sinergi yang sangat positif,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam. - Sumber MPP
Ps: Dari perbualan Semut dengan beberapa orang tokey kedai semalam, jelas menyatakan bahawa diorang agak tercabar dengan pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia ni.

Ianya sedikit sebanyak dapat menghalang mereka daripada menaikkan harga barang yang dijual dengan sesuka hati.

Kita bukan tak biasa dengar alasan diorang sebelum ni. Bila tanya, apa pasal harga barang naik, diorang akan jawab, "Harga minyak naik ma."

Tapi bila harga minyak dah turun, diorang tetap kekal dengan harga tu jugak. Tak pulak diorang nak turunkan harga barang tersebut.

Jadi, dengan adanya Kedai Rakyat 1Malaysia ni, diorang tak boleh buat sesuka hati diorang je. Diorang kena jaga pelanggan masing - masing.

Kalau diorang naikkan harga barang sedangkan Kedai Rakyat 1Malaysia tak naik, pelanggan akan lari. Diorang jugak yang rugi.

Benda ni memang disedari oleh mereka. Jadi, kesempatan itulah yang dipergunakan dek Nurul Izzah ni dan juga puak - puak Pakatan Pembangkang tu sebenarnya.

Tapi dari apa yang dinyatakan oleh tokey - tokey kedai tu semalam, diorang tak berapa suka sebenarnya. Apa yang dibuat oleh Si Nurul Izzah ni dah memalukan mereka. Jadi, macam mana diorang tak naik angin dengan dia!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. ni la sikap melayu baghal.. 10 tahun lepas mintak simpati rakyat pasal masalah bapak, ramai org melayu yg baik2 tertipu..kalau betullah bapak nkau layak memimpin, lama dah allah permudahkan, bapak nkau dok kata(aku ingat lagi)..'the truth will prevail'..
    tujuan murni (memang jelas sangat2) kerajaan utk membantu rakyat dan pada masa sama mengekang monopoli bukan islam di tentang oleh orang 'islam' sendiri yg perasan lebih islam dari yg lain. bawa taubatlah pkr dan pas..

    BalasPadam
  2. Cuba tanya masa bapak dia jadi Menteri Kewangan dulu apa bapak dia buat.

    Bagi kenyang kroni-kroni depa lah. Sekarang ni kroni2 ni lah yang dok control harga barang.

    Dekat2 PRU13 ni lagilah dia orang naikkan harga barang bagi rakyat marah.

    Dey !Pakatan Haram ! rakyat dah tau tektik lama hang pa...

    BalasPadam
  3. senang sungguh tugas pemimpin PR ni, pegang barang, lepas tu ambil gambar konon2nya dah menjalankan tugas utk rakyat la tu....
    hasilnya masuk angin keluar asap jee....
    pecacai dia pun tepuk tangan tengok pemimpin diaorg dah menjalankan tugas dgn jayanya dan telah memberikan hasil yg baik dan rakyat dpt menikmati hasil tu... hasilnya apa? kosong!!!
    sekadar bergambar je la itulah jasa yg dah dibuat minah ni utk puak PR.

    kalau mcm tu bohsia tepi jln pun boleh buat mcm minah ni buat malah lebih baik dan class gitu...

    kerajaan je lah yg susah payah buat mcm2 utk rakyat..
    tp ada jugak pecacai depa tumpang semangkuk kedai 1M ni bro...
    nak buat mcm mana dah pemimpin PR ni x ada buat apa2 pun utk kebajikan puak2 mereka contohnya mcm minah ni la

    BalasPadam
  4. sejak bila pulak minah ni buat part time jadi model sabun pencuci lantai ni....

    dah x ada keje ke pemimpin diorg ni...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping