Si Ketua Penipu ni nampak gayanya cuba nak bagi nasihat kepada UMNO agar jangan terus bermimpi untuk menawan semula Kerajaan dibawah pemerintahan Pakatan.
Dan nasihat tu memang sepatutnya diterima oleh UMNO secara terbuka. Mereka tidak perlu lagi bermimpi disiang hari dan perlu bangkit semula.
Bila UMNO terima nasihat dia nanti, dia tentu - tentu akan jadi macam orang gila dan mempertikaikan tindakan tersebut.
Sebelum ni pun, dah banyak kali dah dia suruh Kerajaan ikut cakap dia. Seperti memansuhkan ISA dan sebagainya. Bila Kerajaan buat, dia pulak yang bantah.
Jadi, sekarang ni, UMNO juga perlu ikut kata Si Ketua Penipu ni dan jangan setakat syok sendiri serta bermimpi yang bukan - bukan. Biarkan dia je yang mengigau sorang - sorang macam orang gila!!! Baru Padan Muka Dia!!!
JOHOR BARU, 26 Nov — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor,” tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.“Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor,” katanya lagi.Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.“Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok.“Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok,” katanya.Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri.“Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri,” katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.