KUALA LUMPUR, 29 Nov — PAS menegaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang hendak dibahaskan dengan beberapa pindaan pagi ini, mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan taktik pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13.Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mahu mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang.“Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah,” kata beliau dalam kenyataan.Rang undang-undang itu bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis dijadual untuk dibahaskan di Dewan Rakyat pagi ini.Ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak, Kabinet Najib memutuskan untuk membawa tujuh pindaan ketika ia dibahaskan di peringkat jawatankuasa.Tuan Ibrahim (gambar) berkata, rakyat melihat rang undang-undang ini “adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.”“Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja mendesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu,” kata beliau lagi.
Ps: Nak tanya sikit kat Pak Berahim ni. Tang mana yang dia kata zalim sangat ni? Tak bagi buat Perhimpunan pun dikira zalim jugak ke?
Dalam kitab mana dia kata menghalang satu - satu Perhimpunan ni dikira sebagai zalim? Ada dalam Sunnah Rasulullah ke? Atau ianya zalim mengikut akta Sekular?
Kalau dulu, diorang jugak yang beria - ia tolak Sekularisme dalam Malaysia ni. Takkan sekarang ni diorang pulak yang nak menyokong perkara tersebut.
Dan tambahan pulak, takkan dia tak tau bahawa apa yang berlaku di Timut Tengah tu semuanya kerja Yahudi yang sengaja menghuru - harakan Negara Islam disana?
Jadi, sekarang ni, dia pulak yang nak suruh rakyat menyokong puak - puak Yahudi tu agar ianya turut berlaku di Malaysia?
Sudah - sudah la nak menipu rakyat Malaysia ni Pak Berahim oi!!! Bukak sikit mata tu. Jangan Jumud sangat dengan kuasa. Orang suruh berfikir dengan Kepala Otak, bukan dengan Kepala Lutut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.