Kesempatan pada sidang DUN kali ini tidak disia - siakan apabila timbul dakwaan bahawa ADUN PAS Pahang ni tidak menjalankan kerja mereka dengan betul.
Ketika isu itu hangat diperkatakan didalam laman blog Pro Pembangkang di Pahang, kedua - dua ADUN tersebut telah menafikan penglibatan mereka.
Didalam dakwaan itu turut menyebut bahawa mereka juga mendapat habuan daripada projek pembinaan memproses nadir bumi milik Syarikat Lynas.
ADUN PAS Kuala Semantan, YB Syed Hamid menyifatkan bahawa dakwaan tersebut lansung tidak berasas dan jelas pihak yang bertanggungjawab sengaja menimbulkan isu tersebut.
Manakala ADUN PAS Berserah, Tuan Syed lonik pula menyatakan bahawa dakwaan tersebut hanya fitnah yang sengaja dibuat untuk memburukkan mereka sahaja.
Malah, dalam masa yang sama, mereka juga yakin bahawa kilang tersebut tidak merbahaya apabila sesi penerangan telah diberikan Syarikat Lynas sebelum ini.
Tambahan pula, kata mereka, ianya telah disahkan oleh pakar yang juga merupakan salah seorang Ahli Parlimen dari parti tersebut.
Persoalannya, siapakah orang yang menimbulkan spekulasi ini? Dengar kata, individu tersebut juga ada hati nak bertanding dibawah tiket PAS dalam PRU akan datang?
Ingat orang PAS nak bagi ke dia bertanding kalau dah macam ni dakwaan yang dia buat terhadap dua orang tokoh PAS didalam Negeri Pahang ni?
Sekarang sudah terbukti bahawa blogger puak - puak Pakatan Pembangkang ni lagi suka menyebarkan fitnah dan ianya diakui sendiri oleh pemimpin mereka. Jadi, korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.