Seorang pemimpin politik dari parti pemerintah ditahan berkaitan pembunuhan seorang pelancong Britain di sebuah resort pantai di selatan Sri Lanka pada minggu lalu.
Pemangku Menteri Pembangunan Ekonomi, Lakshman Yapa Abeywardena berkata, pemimpin politik itu menyerah diri dalam satu usaha memburu orang yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Kuram Shaikah Zaman, seorang warganegara Britain yang berketurunan Israel.
Tambah beliau, lapan pasukan polis ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan Zaman serta rakannya yang mengalami kecederaan dan sedang dirawat di sebuah hospital di Colombo. - AFP
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.