Sebenarnya teknik ‘konfiden giler’, pernah dilakukan pada 1 Julai 2008, selepas beliau keluar dari bersembunyi di kedutaan asing dan bercakap kepada pemberita berkenaan tuduhan liwat yang dikenakan kepadanya.
“Saya boleh beritahu anda..ini adalah konspirasi..ia (liwat) tidak berlaku..saya ada semua bukti dan alibi untuk sokong kes ini”, katanya dengan ‘konfiden giler’, meskipun pada hakikatnya sehingga selesai hujah penggulungan bela diri 15 Disember lalu, tiada satu pun bukti dan alibi yang dikemukakannya.
Akhirnya kerana tiada alibi, ketua peguam belanya, Karpal Singh, mati akal dan hanya mampu bertahan dengan hujah logik akal, ‘kenapa Mohd Saiful tidak melarikan diri‘, yang menjadi polemik di kalangan para penyokong Anwar sendiri.
Senator Ezam Mohd Nor pernah mendedahkan sikap dwi-standard bosnya, ketika mulut Anwar dengan ‘konfiden giler’ menuduh Tun Dr Mahathir sebagai ‘mahazalim’ kerana memecatnya dari jawatan dalam Kabinet pada 2 September 1998, tetapi secara diam-diam Anwar kelihatan gudah gulana, mengarahkan Ezam menghantar surat memohon maaf kepada Perdana Menteri pada 8 September 1998.
Inilah contoh split identity Anwar sepertimana yang didedahkan Ezam, ketika mulut Anwar mencaci dan memaki Tun Dr Mahathir di depan para penyokongnya, tetapi dalam hatinya gundah gulana hingga terkincit-kincit mengarahkah orang kanannya menghantar surat memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir.
Sikap double standard ini juga terpancar dalam menghadapi kes liwat II. Ketika wartawan upahan Soros, Simon Tisdall sendiri tidak yakin Ketua Umum PKR itu berjaya memenangi kes tersebut, Anwar pula menampilkan watak ‘konfiden giler’ boleh memenangi kes tersebut ketika bercakap kepada pemberita pada 15 Disember, di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Ps: Si Ketua Penipu ni memang konfiden. Dia memang konfirm Gila. Tak Gila Kuasa, Gila meliwat. Tak pun Gila Menipu. Sebab itu je yang dia mampu buat!!! Suruh buat kerja lain dia tak tau!!! Jadi, memang konfirm la dia Gila!!!
Published with Blogger-droid v2.0.2
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.