Muka cuak!!! Walaupun semalam dikatakan hujan lebat, sejuknya sampai ke tulang sum - sum. Tapi itu bukan la sebab kenapa Si Ketua Penipu tu mengigil pepagi buta ni.
Sebab kenapa dia menggigil adalah kerana hari ini merupakan tarikh keramat buat dia. Tarikh 12.12.11 ni bakal menentukan nasib dia dimasa akan datang.
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Setelah dua kali ditangguhkan, Mahkamah Tinggi di sini esok dijangka mendengar penggulungan hujah di akhir kes pembelaan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pihak pembelaan dan pendakwaan diberi tempoh dua hari sehingga Selasa ini untuk membentangkan hujah lisan masing-masing di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
Sekiranya kedua-dua pihak selesai melaksanakan tugas tersebut dan tiada isu lain dibangkitkan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi keputusan kes itu yang telah berlanjutan sejak tiga tahun lalu ekoran pelbagai permohonan dikemukakan oleh pasukan pembelaan.
Penggulungan hujah itu sepatutnya dibuat pada 23 dan 24 November lalu tetapi ditunda kepada 8 dan 9 dan 10 Disember lepas setelah pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu memberi alasan tidak dapat menyiapkan transkrip nota prosiding kes tersebut.
Namun pada 6 Disember lalu, kes itu ditunda lagi kepada 12 dan 13 Disember atas alasan sama sekalipun mendapat bantahan keras daripada pihak pendakwaan.
Pihak pembelaan memberi alasan mereka memerlukan lebih masa terutamanya untuk menyediakan transkrip nota perbicaraan membabitkan dua saksi pakar dari Australia iaitu pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dan pakar forensik, Dr. David Wells.
Pihak pembelaan pada 17 Oktober lalu menutup kesnya setelah memanggil tujuh saksi termasuk tiga pakar dari luar negara untuk memberi keterangan iaitu lebih tiga tahun selepas Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008.
Sama - sama kita nantikan perkembangan terkini mengenai kes liwat Si Ketua Penipu ni terhadap Bekas Pembantu dia, Mohd Saiful Bukhari.
Macam biasa, laporan terkiniakan disusuli nanti. Jadi, korang tunggu je la ye. Kita tengok, apa lagi Si Godfather Karpal Whilchar dan juga Si Ketua Penipu tu nak Poo...singh kali ni. Jangan sampai diorang terpusing diri sendiri sudah la!!! Naya wooo...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.