Rabu, Disember 14, 2011

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Senjata makan tuan. Itulah yang berlaku kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila keterangan membela diri dari kandang tertuduh yang dibuat sebelum ini tidak langsung menafikan kehadirannya di unit kondominium tempat kejadian liwat didakwa berlaku.
Tidak cukup dengan itu, keterangan tanpa sumpah itu yang lebih banyak menyalahkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar kesnya tidak langsung menyentuh mengenai sakit belakang yang membataskan pergerakannya sekali gus menidakkan keupayaannya untuk meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Tertuduh juga pada bila-bila masa tidak pernah membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan bagaimana air maninya boleh ditemui di dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.
Perkara tersebut merupakan antara keterangan yang langsung tidak dinafikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dinyatakan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden selama hampir tiga jam di Mahkamah Tinggi di sini pada penggulungan hujah di akhir kes pembelaan.
Keterangan yang tidak dinafikan antara lainnya adalah Anwar telah menghubungi Ketua Staf beliau, Ibrahim Yaakob supaya sekeping sampul surat diserahkan kepadanya di kondominium itu. Mohd. Saiful Bukhari telah menyerahkan sampul surat itu kepada tertuduh di unit 11-5-1 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada hari tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tertuduh tiba serta meninggalkan tempat berkenaan selepas kejadian.
“Selain daripada komen dan kritikan yang diberikan oleh tertuduh mengenai keterangan pengadu dan lain-lain saksi pendakwaan, adalah penting untuk menyatakan bahawa tertuduh tidak pernah memberikan versinya mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 26 Jun 2008 di antara 3.01 dan 4.30 petang di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, tempat kejadian itu didakwa berlaku,” hujahnya.
Mengenai isu konspirasi pula, Mohd. Yusof berhujah, Anwar sendiri, dalam afidavit yang difailkan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan permohonan mengetepikan sapina, menyatakan bahawa tujuan beliau memanggil pasangan itu bukanlah untuk menuduh mereka terlibat dalam konspirasi.
Secara keseluruhannya, hanya sedikit keterangan Anwar dari kandang tertuduh yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi olehnya.
Ps: Dah terang lagi nak bersuluh. Bukan ke Si Godfather Karpal tu dah cakap shari tu yang Si Ketua Penipu ni memang meliwat Si Saiful?

Jadi, sebab itulah dia tak nafikan yang dia juga turut berada di kondominium tersebut. Kalau dia nafi, ianya dah bercanggah dengan penggulungan Si Karpal Whilchar tu.

Apa yang peliknya, masih ramai orang yang dok menyalak dan melalak - lalak menyokong Si Ketua Penipu ni padahal Si Karpal tu dah cakap yang Si Ketua Penipu ni Peliwat.

Bangga betul diorang dapat pemimpin Peliwat gamaknya ye. Itulah bahananya bila kena 'kencing' hari - hari dek Si Ketua Penipu ni. Mana yang baik dan mana yang buruk pun diorang dah tak nampak!!! Kencing Si Ketua Penipu tu pun diorang kata wangi!!!

6 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Hanya orang sakit aje yang masih menyokong Anwar... Dah macam orang gila pergi mahkamah pakai baju istiadat... nak tunjuk dia siapa konon... Yang saya tahu dia meliwat Saiful... Buat malu MP lain aje...

    BalasPadam
  2. Suka sama suka...nak wat camna ?

    BalasPadam
  3. org awam cam aku nak tahu je betul ke liwat berlaku atau tidak. itu je.
    suka sama suka ke, paksa rela ke, sedap2 ke aku tak peduli.
    yang pasti, aku tak nak pemimpin yang meliwat!

    BalasPadam
  4. tu laaaa..pd pendapat aku sbg org awam,
    dah bagi chance untuk tunjuk alibi, takde..
    dah bagi chance bela diri, takde...buat pulak ceramah dalam mahkamah..
    dah bagi chance bawa saksi2, yg datang pulak saksi2 hampeh..jika dibayar ...lagila hampeh..
    dah bagi chance dapat peguam tersohor kononnya, yang depa buat loyar buruk je..teknikal teknikal teknikal..mana bukti dia tak meliwat??
    memang kantoi team anwar kali ni..

    BalasPadam
  5. Tinggal laaah Penjilat Murahan yg Akal nyer Tak Sihat...ape boleh buat..!!! :)

    BalasPadam
  6. Salam

    Aku sokong dengan kenyataan Anon 9:09 itu kita tak nak tahu paksa ke suka ke konspirasi ke telenovela ke apa yang penting kejadian LIWAT itu berlaku..... diULANG SEMULA KEJADIAN LIWAT ITU BERLAKU.

    Itu aja yang sebenarnya rakyat nak tahu bukannya rela ke paksa ke konspirasi ke....

    Tapi ada satu kemusykilan kalau konspirasi takkan sampai air mani ada dalam DUBUR saiful.

    Dula tak ngaku dia buat nak bersumpah takut suruh junjung Al-Quran pun taknak tapi sekarang keluar statment kata suka sama suka mana satu betul niu?


    PUAK PKR cuba ce..ce...citer sikit....bela dan basuh jubur BOSSSS kau tu.....meroyang le kauorang yang pentingnya RAKYAT MALAYSIA DAH TAHU SIAPA ANUARGAYTUA ....

    PENCACAI PR TAK YAH SUSAH-SUSAH NAK BELA LAGI YANG JELASNYA KEJADIAN LIWAT BERLAKU

    RAKYAT MALAYSIA TAK MENERIMA KAKI LIWAT SEBAGAIU PM.....

    SOKONG TAK RAKYAT MALAYSIA APA KATA BLOGGER SEMUA BUAT BANCIAN SAMADA KAKI LIWAT DITERIMA SEBAGAI PM ATAU TIDAK....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping