Ini taktik Si Nurul Izzah rupanya ye. Jadi, kita pun main taktik yang sama. Macam yang Rahimi Othman, bekas SUSK Si Ketua Penipu tu cakap, kita dedah sikit - sikit.
Tapi, Si Nurul Izzah jangan marah. Ini bukan cerita orang UMNO buat. Ini cerita yang disampaikan sendiri oleh blogger PKR dikawasan Lembah Pantai.
Dah terbukti bahawa orang PKR dikawasan Lembah Pantai memang dah tak nak kat Si Nurul Izzah ni. Diorang pun dah muak dengan perangai Si Nurul Izzah ni sebenarnya.
Sebab tu dia nak cabut lari ke Permatang Pauh, tempat Papa dia. Kat situ dia akan rasa lebih selamat dan yakin dia akan menang. Jadi, tak payah la dia nak melalak mencabar orang tak tentu arah!!!
Team Harapan Bachin anak Ketua Umum dan Presiden menipu! Bukti bergambar.
Saya masih marah berikutan pemilihan MATC Lembah Pantai tempohari. Saya juga merasa kecewa dengan MATC yang berlangsung di tempat lain juga. Berpuluh malah mungkin beratus SMS diterima dari para sahabat di cabang-cabang lain menceritakan berbagai benda magic dan ajaib dan sial yang berlaku di tempat diaorang juga.
Tapi sebagai manusia marah sudah semakin hilang. Kecewa juga kurang. Tetapi perasaan tak puas hati makin kuat. Juga perasaan ralat seralat-ralatnya sebab daripada feedback kawan-kawan seperjuangan dalam Team Otai terutama dalam sembang satu sama satu, nampaknya ada kemungkinan perjuangan kami selama ini di Kerinchi dan Lembah Pantai amnya mungkin semakin lemah dan hapus begitu saja. Biarlah tengok betapa terer dan hebatnya barisan Harapan Bachin yang baru ni nanti.
Saya tak ada mood menulis banyak. Tapi atas dasar tak puas hati dengan kawan-kawan yang tak melihat sendiri perkara ini depan mata dan dengan senang suruh kami lupakan semuanya dan kembali pada perjuangan, sila lihat gambar-gambar berikut, yang terjadi di MATC Lembah Pantai.
Tengoklah macammana orang - orang YB Nurul masing-masing memegang sebundle kertas undi dan memangkah nya dgn selamba kodok di depan mata pengawas.
Tengoklah betapa tak adilnya geng team Harapan Bachin boleh keluar masuk sesuka hati, pangkah sesuka hati, buat macam ini parti estet!
Siapa mereka ini semua!? Bila masa mereka ini berjuang? Bila masa mereka ini kena rotan fru, kena sembur, kena maki, kena terajang?
Lihat saja lah gambar-gambar bagaimana Team Harapan Baru YB Nurul Izzah, anak Ketua Umum dan Presiden, yang ada antara kami tinggalkan anak bini berhari-hari untuk perjuangkan sudah 12 tahun, menipu di siang hari.
Hari yang hitam untuk Keadilan. Buat lah kesimpulan sendiri, siapa yang sudah lupa tentang perjuangan.
Salam,
BalasPadamKepada yang dah kena tipu tak pula mereka sedar masih lagi nak tersorong-sorong pipi mereka pada anak PAPA ni.
Kalau dah tahu kamu semua dikencingkan dan dikentutkan baik beredar setakat pung pang sana sina tak memberi makna.
Bertindak dari sekarang bangun dan tentang si anak PAPA dengan team barua mereka.
Jangan tahu kecewa anda sahaj tapi tahukah anda semua betapa kecewanya Orang melayu apabila Melayu sendiri mengkhianat dan menikam kaum sendiri dan menaikan kaum RASSIS.......
Penulis di belakang blog Semangat98 ni aku kenal. Mereka pun sekarang ni dah biasa-biasa je dengan orang UMNO di sini, dan kebanyakan sudah tak aktif atau kalau aktif pun mereka di Selangor. Apa pun kalau Nurul bertanding saya yakin undi mereka tak akan sampai ke Nurul, terutama kalau Raja Nong Chik bertanding. kebanyakan org PKR atau PAS pun malu alah nanti nak undi tentang Nong Chik, sebab ke majlis apa pun dia sanggup turun. Rasanya setiap flat di Lembah Pantai ni ada kurang-kurang 10 kali masing-masing dia turun sejak jadi Menteri. Susah nak lawan.
BalasPadamtak per la. berkorban la sikit utk parti weh... sebenarnya pangkah2 undi tu utk pastikan nurul menang, demi survival keluarganya. Nanti kalau semua dah setel baru lah buat pemilihan betul2, takda tipu2.
BalasPadamKenapa ahli PKR tak buat mini-BERSIH? Pemilihan mereka terang2 tak adil. hahah
BalasPadamsepatutnya Bersih tu ditujukan kepada PKR lah ya? ni kesian kat BN dan gomen, hidup2 kena naya dengan depa ni.... mangkuk hayun betul!
BalasPadamBegitu lah cerita selanjutnya ....do they really care apa kita yang lama ni dah buat..be it dalam UMNO ke! PKR ke atau DAP!..Karpal pun baru nak terasa..Fikirkan lah..apa PERIKATAN dan BARISAN dah buat selama ni...Aku tngok OK aje..Bapa aku ada sembilan anak..Kira semuanya OK aje..Bapa aku hidup dalam era PM... Tunku,Tun Abdul Razak,Tun Hussein,Tun Dr Mahathir,Tun Abdullah...OK aje..Dari dulu aku tengok cerita pembangkang sama aje..Memang dasar pembangkang...tak ingat pejuangan orang lama...Spt kata KARPAL...orang veteran( baru dia tahu ...betapa sakitnya bila digelar GODFATHER...tu la jangan sedap aje panggil orang FIRAUN
BalasPadamumno jgn cakap rm 500 tu utk bantu rakyat itu semua utk mancing undi umno kasi kita ambil sebab tu duit kita . masa mengundi ke 13 jgn lupa undi pas dan pakatan rakyat .
BalasPadam