Jumaat, Disember 30, 2011

Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan  skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.
Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.
Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.
Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.
Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.
Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.
Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan CCID yang menyiasat skandal NFCorp.
Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.
Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian.
SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara.
PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Parti pembangkang juga turut membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan skandal itu termasuk pembelian dua unit kondominium oleh NFC di Bangsar dan mendakwa syarikat itu menggunakan dana projek untuk perbelanjaan peribadi dan ke luar negara.
Ia juga mendakwa berlaku perpindahan wang ke syarikat yang tidak berkaitan dengan NFCorp di Singapura serta pembelian Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dia lot tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363,507.
Pendedahan terbaru dibuat PKR Selasa lalu, menuduh sebanyak RM10 juta telah digunakan untuk pembelian seunit kondominium di Singapura untuk keluarga Shahrizat.
Shahrizat cuba mengelak daripada dituduh terlibar dengan mengatakan hanya beliau “satu-satunya isteri” pengerusi NFC dan tiada apa-apa kaitan dengan NFC.
Beliau turut berdepan dengan gesaan agar meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk dari pemimpin Umno serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ps: Lain yang Si Rafizi tu tuduh, lain pulak orang yang kena tangkap. Dah tentu dia akan bengang gila dan keluar dengan kenyataan yang bukan - bukan lepas ni.

Tapi, sejak dari mula lagi dia memang dah salah orang. Isu NFC dan juga projek Feedlot ni tak de kena mengena lansung dengan Datuk Shahrizat.

Jadi, kenapa dia beria - ia benar menyerang Datuk Shahrizat yang terang - terang tak de sangkut paut dalam hal ni? Kan dah tak pasal - pasal je songeh!!!
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Hoi! kapiak lahanat haram jadah! Aku doakan semoga hang sorang yang kaya raya dan senang lenang dengan wang haram upah UMNO tu.... semoga anak (down sindrom) bini (barah payudara) dan keluarga hang yang lain diberi penderitaan dan bebanan yang amat berat sepanjang zaman akan datang di muka bumi ini oleh Allah SNW atas sebab perbuatan hang yang menegakkan kezaliman dan korupsi pemimpin UMNO yang celaka dan munafik. Aku bersumpah dengan kalimah Allah Azzawajalla. Amin

    BalasPadam
  2. Huyo...ni Sumpahan macam mak si tanggang..? Xnak buat solat hajat pecah perut ke??
    Tak perlu le memaki hamun admin..betulkan apa yg dia ckp..ko tau ke cerita sebenarnya wahai anon?ada byk kes,menggunakan kedudukan atau pangkat seseorg utk mendpt imbuhan..kemungkinan Shahrizat adalah mangsa..
    So,selagi kes ni tak selesai..tak perlu le ko jd Hakim dengan menjatuhkan hukuman dengan sumpah seranah..macam org xde pelajaran & agama le ko ni..

    BalasPadam
  3. Hai anon 30 Dis 7:18ptg,

    Wat per hang nie meroyan sangat, klu gila masuk ler tanjong rambutan.

    BalasPadam
  4. Bagusnya saudara anon yang pertama tu ya.. guna nama Allah tapi cara cakap.. Masya'allah... tak malu ke mengaku diri Islam dengan perkataan yang saudara keluarkan tu?? malunya saya sebagai seorang Islam dan melayu kerana bahasa melambangkan Agama dan Bangsa.. kalau dengan cara ni rasanya Allah pun tak berkenan nak laksanakan sumpahan saudara tu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping