Buat sekian kalinya, Si Nurul Izzah ni telah berjaya membuktikan bahawa dia masih 'naif' dalam dunia Politik dengan kenyataan dia dibawah ni.
Kata dia, undang - undang hubungan kaum itu hanya satu helah Barisan Nasional untuk menarik sokongan pengundi kepada mereka sahaja.
Habis, apa yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang selama ni bukan helah untuk menarik sokongan rakyat kepada diorang jugak ke?
Tambah Si Nurul Izzah ni lagi, undang - undang tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana ianya dangkal.
“Walaupun kita mempunyai undang-undang hubungan kaum yang sempurna, tanpa pelaksanaan yang adil ia akan menjadi ejekan bagi rakyat – sama seperti pengumuman perdana menteri sebelum ini mengenai Malaysia akan menjadi negara demokrasi terbaik di dunia,” katanya.Ahli Parlimen Lembah Pantai ini menambah undang-undang baru perlu diwujudkan dengan berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukan sahaja dibenarkan BN tetapi menegaskan pemimpin kerajaan tidak memahami hak yang diberikan kepada rakyat.Putrajaya sepatutnya menubuhkan satu jawatankuasa pilihan Parlimen untuk mengkaji kesan Akta Hubungan Kaum, mempertimbangkan “baik, tidak bijak” undang-undang yang dicadangkan itu, tambahnya.
Dia tak faham ke apa fungsinya Pembangkang ni? Dah nama pun Pembangkang. Memang itu la kerjanya. Apa sahaja yang orang buat, semuanya akan tetap dibangkang.
Walaupun benda tu baik untuk rakyat, diorang tetap bangkang jugak. Macam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, pun diorang bangkang jugak.
Tapi bila borang BR1M tu keluar, puak - puak dia jugak yang awal - awal datang ke pejabat LHDN untuk ambik borang tersebut.
Kalaulah setiap cadangan yang datang dari Kerajaan tak dibangkang, menda jadahnya dia jadi Pembangkang? Baik dia duduk jadi Kerajaan je.
Nampak sangat bongoknya Si Nurul Izzah ni sampaikan benda macam tu pun dia tak dapat nak bezakan. Buat rugi je orang pilih dia jadi wakil rakyat.
Dah la tu. Nak orang je dengar cakap dia je. Tapi dia tak nak pulak dengar cakap orang lain. Kalau orang luar, tak pe jugak. Ini cakap ahli sendiri pun dia tak dengar, menda kejadahnya dia jadi Pemimpin!!!
Nampak sangat anak beranak ni nak menggunakan rakyat untuk kepentingan keluarga
BalasPadam