KUALA LUMPUR, 10 Dis — PKR berkata ia akan bertanding lebih banyak kerusi peringkat parlimen dalam pilihan raya umum akan datang meskipun berhadapan dengan masalah ramai wakil rakyatnya keluar sebelum ini.Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa meskipun perundingan mengenai pembahagian kerusi masih belum selesai, parti itu kemungkinan akan mempunyai sedikit lebih kerusi untuk bertanding di peringkat persekutuan bertanding tiga tahun yang lalu.“Meskipun perundingan masih dijalankan, bilangan di atas kertas ialah kemungkinan lebih sedikit kerusi yang akan ditandingi oleh PKR.“Ini ekoran sumbangan kerusi-kerusi Sabah dan Sarawak yang PKR akan bertanding. Kerusi di Semenanjung akan kekal sama bilangan,” kata beliau lagi.Ahli Parlimen Machang ini berkata perundingan mengenai kerusi peringkat negeri sudah pun berakhir bulan lalu dan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat sedang membincangkan dan memuktamadkan isu kerusi dan calon masing-masing.Sehubungan itu kata beliau, buat masa sekarang ada tiga kategori iaitu kerusi bersih di mana seseorang calon diterima oleh kesemua parti, kerusi disandang sesebuah parti, katakan PKR tetapi DAP menunjukkan minat untuk bertanding.“Ada juga kes di mana kerusi-kerusi bertindih, di mana sesebuah kerusi dimenangi dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dua atau tiga parti Pakatan telah menunjukkan minat untuk bertanding di kerusi terbabit,” kata Saifuddin.Katanya, perbincangan berkenaan kerusi dalam Pakatan Rakyat berjalan dengan lancar, tetapi tiada satu tempoh ditetapkan untuk memuktamadkan perkara berkenan.“Saya optimistik ia boleh diselesaikan dalam waktu terdekat,” kata pemimpin itu.Pada pilihan raya umum 2008, PKR bertanding di 97 kerusi manakala PAS dan DAP masing-masing 66 dan 47 kawasan.
Memang sah puak - puak PKR ni semakin hari, semakin ghairah nak berebut kerusi Parlimen demi untuk merampas kuasa.
Tapi, malangnya, agenda diorang tu tak disedari oleh rakyat. Hakikatnya, diorang hanya nak berkuasa. Bukannya nak bantu rakyat sangat pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.