KUALA LUMPUR, 14 Dis — Sambil mengakui serangan Umno boleh memberi kesan ke atas pangkalan sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) berkata mereka akan memfokus usaha-usaha menghapuskan kebimbangan kononnya hak orang Melayu berhadapan dengan risiko di bawah pemerintahan mereka kelak.Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, mereka perlu mempertingkatkan usaha bagi mewujudkan kesedaran di kalangan orang Melayu sejauh mana negeri-negeri diterajui perikatan itu sejak 2008 telah melaksanakan dasar-dasar yang meningkatkan keupayaan mereka, selain jaminan bahawa kaum Melayu tidak akan dipinggirkan sama sekali.Umno telah mempertingkatkan serangannya ke atas pembangkang ketika perhimpunan agung tahunan parti itu baru-baru ini.Perwakilan dan pemimpin-pemimpinnya mendakwa PR sebagai anti-Melayu dan Islam.“Umno kembali kepada polisi lama agenda Melayu yang membolehkannya mengekalkan pangkalan sokongan tradisional pada masa-masa lalu. Tetapi tindakan Pakatan belum cukup untuk menghapuskan kebimbangan orang Melayu, meskipun dakwaan (Umno) itu tidak benar sama sekali.“Mesej-mesej kami perlu disampaikan dengan berhati-hati untuk mengatasi kebimbangan di kalangan Melayu, yang berpunca daripada politik menakut-nakutkan dan perkauman yang digunakan oleh Umno-BN sekarang terhadap kami,” kata Nurul Izzah Anwar(gambar) kepada The Malaysian Insider.Naib Presiden PKR ini berkata sokongan orang Melayu mengalami kesan sejak Umno melancarkan kembali serangannya.
Ps: Ini bermakna, spekulasi yang Semut buat sebelum ini adalah benar. PKR memang tidak disokong oleh orang Melayu.
Sebab apa? Sebab mereka memang tidak mampu untuk memperjuangkan serta membela Kepentingan orang Melayu seperti UMNO.
Ternyata, dengan kenyataan diatas, Nurul Izzah terpaksa mengakui bahawa UMNO lah yang menjaga nasib serta Kepentingan orang Melayu selama ini.
Macam mana diorang tak yakin? Sebabnya mudah. Diorang tak buat kerja. Yang diorang buat hanyalah berccakap je. Tapi bila suruh buat diorang tak reti.
Diorang takut kalau diorang jaga Kepentingan Melayu, sokongan orang Bukan Melayu akan hilang. Jika tidak, kenapa diorang kena sampaikan mesej dengan berhati - hati?
Itulah. Orang suruh jangan cari penyakit, diorang degil. Nak juga jadi wakil rakyat. Tapi kerja tak tau buat. Dah tu, menyusahkan orang je kerjanya. Menipu tak sudah - sudah!!!
soalan soalan utk Nurul Izzah bt Anwar..
BalasPadam1. apakah sumbangan puan semala 4 tahun dalam MP?.
2.berikan data data ringkas sumbangan puan terhadap lembah Pantai....( pkr LP tolong nurul jawab.....)...
3apakah sumbanganterbaeek puan terhadap Malaysia?
4..berapa kalikah puan berjumpa pengundi lembah pantai selama 4 tahun( berapa kali ke Indon)
5. apakah sumbangan puan utk membantu rakyat Malaysia sebagai MP yang pandai..
TOLONG JAWAB PII
aku tambah soalan tu yer;
BalasPadam1. biodata 1 orang rakyat termiskin (yang paling miskin) di parlimen lembah pantai
2. apakah sumbangan yang telah diberikan oleh pkr kepada rakyat ini
3. apa latest status rakyat termiskin ini, adalah dia telah mula berjaya keluar dari kelompok termiskin dibawah pentadbiran pkr di lembah pantai?
kesimpulannya, kalau jawapan tu nurul izzah ni takleh nak jawab spontan, maka sahlah dia layak terima batu nisan yang dihadiahkan khas oleh penyokong tegar dia kat sna dlu!
pkr tak perjuangkan kepentingan melayu sebaliknya cuba hapuskan hak istimewa melayu.Jngan bagi pkr musnahkan Melayu .
BalasPadam