Khamis, Disember 29, 2011

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar(gambar) menafikan kandungan satu surat layang beracun yang sedang tersebar dalam internet sekarang.


"Ingin saya jelaskan di sini bahawa dakwaan dalam surat tersebut adalah palsu dan tidak benar," kata Nurul dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.

Nurul dipercayai mengulas satu surat beracun (email) yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR semula.

Dalam surat itu, Nurul dikatakan berjanji kepada Zaid untuk diberikan kerusi parlimen Petaling Jaya Selatan.

Ekoran itu, surat itu mengajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu.

Pagi tadi, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah).

“Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka,” kata Datuk Zaid Ibrahim kepada laman web The Malaysian Insider.

Nurul dalam kenyataannya hari ini juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu.

"Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik," katanya.
Ps: Eleh!!! Tu semua alasan nak 'cover line' belaka sebenarnya. Hakikat bahawa hubungan dia dengan Zaid Ibrahim tu memang tak boleh nak dielakkan.

Kata orang, isu berkaitan dengan surat beracun ni didalangi oleh Azmin Ali sebab Azmin Ali memang ada PHD dengan Nurul Izzah.

Dengan tersebarnya surat beracun tu, secara tak lansung memberitahu kita apa sebab Si Zaid Ibrahim Al - Araki tu tiba - tiba melompat nak sokong Pakatan Pembangkang.

Kalau tidak, sebelum ni berdegar - degar dia kata nak letak calon dari parti KITA untuk menentang Pakatan Pembangkang.

Dengan adanya surat beracun ni, maka terbocor la segala rahsia dia. Sekarang nak 'cover line' pulak. Baru Padan Muka Dia!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. "Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik," katanya.

    betul kata nurul izzah anak anwar ni, JOM KITA RAMAI2 TOLAK PAKATAN... TAKDAK HEBATNYA MALAYSIA KALAU DEPA DAPAT, BELUM BERKUASA DAH GADUH2, KALAU BERKUASA KARANG RAKYAT SEMUA DAPAT PISTOL FREE, PASTU KITORANG BUATLAH ALA-ALA SYRIA MAIN TEMBAK-TEMBAK, BIAR MATI KATAK JER SEMUA!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping