Dah habis agenda tahunan UMNO yang paling utama bagi tahun ini iaitu Perhimpunan Agung UMNO 2011 (PAU2011) semalam.
Tidak dinafikan bahawa banyak benda yang dah diperkatakan dan banyak juga perkara yang perlu diambil kira serta dipandang berat hasil dari PAU2011 ini.
Terutama sekali dikalangan ahli - ahli dan juga bangsa Melayu secara keseluruhannya kerana PAU2011 ini merupakan platform khusus untuk mereka.
Perlu diingatkan bahawa UMNO merupakan parti yang memperjuangkan Melayu sejak dari Dulu, Kini dan Selamanya. Malah sejak awal Kemerdekaan Negara lagi.
Tinggal lagi UMNO sanggup berkompromi dengan komponen lain demi memastikan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia secara kolektif.
Kalau nak kata yang UMNO rasis, memang UMNO rasis pun. Sebab itu keahliannya terhad kepada Melayu sahaja. Tapi UMNO hanya Rasis apabila dia berdiri secara berasingan.
Jika didalam Barisan Nasional, UMNO merupakan tunjang dalam memperjuangkan semua rakyat. Perkara ini yang membuatkan Pakatan Pembangkang takut dengan UMNO.
Mereka jelas tidak mampu untuk meraih sokongan Melayu kerana tidak ada dikalangan parti - parti mereka yang memperjuangkan hak Melayu secara lansung seperti UMNO.
Hal ini cukup jelas tetapi cuba ditutup oleh puak - puak Pakatan Pembangkang itu bagi mengaburi mata serta penglihatan rakyat.
Macam -macam dakwaan telah mereka lakukan. Pelbagai isu telah mereka bangkitkan dan disebarkan dihalaman media - media alternatif yang menjadi tarikan kepada generasi baru.
UMNO sedar akan perkara ini. Maka sebab itulah Presiden UMNO beria - ia menyeru agar setiap ahli UMNO turut menjuarai media.
Terutama sekali media sosial yang meliputi Twitter, Facebook dan juga blog serta aplikasi lain yang seumpama dengannya.
Atas kesedaran itu jugalah, kebanyakkan Badan Perhubungan UMNO Negeri telah mewujudkan Unit Media mereka bagi menyahut seruan Presiden ini.
Tujuannya ialah untuk menyebarkan maklumat secara lansung kepada rakyat di negeri mereka melalui media sosial ini.
Namun, malangnya, kebanyakkan pengamal media negeri yang ditemui semuanya mengeluh apabila mereka dinafikan hak untuk membuat liputan sepanjang PAU2011 ini berlansung.
Pelbagai rintangan yang terpaksa mereka lalui. SOP media berubah - ubah untuk mereka. Mereka seolah - olah dihalang oleh pihak - pihak tertentu yang menurut arahan katanya.
Persoalannya, kenapa perkara ini boleh timbul sedangkan Media Negeri ini merupakan tulang belakang kepada jentera UMNO itu sendiri?
Tetapi layanan yang mereka terima ternyata amat mendukacitakan. Mereka dilayan seolah - olah mereka ini orang luar. Padahal mereka orang UMNO sendiri!!!
Saranan Semut hanya satu. Pihak tertentu perlu melihat masalah ini dengan serius dimasa akan datang kerana ianya memberi imej buruk kepada UMNO secara tidak lansung.
Mereka datang dari jauh membawa amanah yang telah diberikan. Maka tanggungjawab tu dipenuhi. Jangan sampai mereka mengingkari amanat Perdana Menteri pulak!!!
ssalam bro, link kan blog aku.
BalasPadamwww.hurairahady.blogspot.com.
thanks semut.