Khamis, Disember 22, 2011

"Hadeh!!! Sakit Kepala Aku Macam Ni!!!"
Sebelum ni, pandai sangat Si Mahfuz Bean...gai tu kutuk Datuk Dr. Hassan Ali. Kononnya kata dia, Dr. Hassan Ali dah 'Istihar Perang' terhadap PAS.

Apa, dia ingat Datuk Dr. Hassan Ali tu tak de telur ke nak jawab tuduhan dia tu? Nah! Ni jawapan yang telah diberikan oleh beliau.
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”
"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi.
Menyentuh mengenai PAS, Anggota Dewan Undangan Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulamak yang kini hanya 35 peratus.
Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulamak sebagai barisan kepimpinan parti.
Ini adalah kerana golongan ulamak dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.
Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja.
Hah! Macam mana? Datuk Dr. Hassan Ali ni jelas seorang pejuang yang tak mementingkan jawatan, pangkat atau pun nama.

Cuba kalau Si Mahfuz Bean tu yang kena, nama dia tak tersenarai dalam senarai calon wakil rakyat dalam PRU akan datang. Dia pun dah tentu akan pecah kepala.

Sebab apa? Sebab Si Mahfuz ni bukan berjuang untuk rakyat. Dia hanya berjuang untuk diri dia je sebenarnya. Lagi pun, dia bukan reti buat kerja. Menipu je lebihnya!!! Pejuang Islam konon, Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. dr. hassan dan mahfuz ni dari segi personaliti patut selari, kenapa mereka tak selari.

    BalasPadam
  2. mana nak selari, yg sorang intelek, yg sorang lagi bekas penjaga stor..selari ker?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping