Steady la Pok Nik. Tak pernah lagi Semut dengar ada dikalangan kaum wanita meluahkan pandangan bahawa mereka bangga dengan pencapaian dia selama hari ini.
Bukan apa. Semua orang tahu yang Si Wali Terompah tu cukup anti dengan orang - orang UMNO ni. Bagi dia, mereka semuanya kafir belaka.
Hanya dia je yang mampu menyelamatkan umat Islam dalam Malaysia ni. Orang lain tak boleh. Nak pulak UMNO. Maka sebab itu la dia menggelarkan orang UMNO ni kafir.
Tapi, tanpa disangka - sangka, nama dia menjadi sebutan dibibir seorang perwakilan Puteri yang mendedahkan pencapaian dia sebagai Menteri Besar Kelantan.
Rupanya, Si Wali Terompah ni adalah merupakan Juara 'Hatrik' sebanyak tiga tahun berturut - turut. Tapi bukan juara sukan. Juara dari segi serangan HIV.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat diselar kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin apabila negeri itu menjadi 'juara' dengan mencatat jumlah pesakit HIV paling ramai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.
Perwakilan Kelantan, Che Hanuni Che Ali yang juga Ketua Puteri UMNO Bachok, berkata Nik Aziz perlu bertanggungjawab dan jangan hanya pandai meletakkan kesalahan pada pihak lain.
“Untuk pengetahuan bukan saja pada 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang Kelantan.
“Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal, perangai pemimpin dan penyokong PAS, mereka akan melemparkan keburukan itu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Mereka (PAS) hanya hendak yang baik-baik, perkara buruk semuanya milik orang lain. Jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari hingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang, manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.
“Di Kelantan sebenarnya banyak yang retorik, mereka hanya meletakkan papan-papan tanda di jalanan seperti 'membina generasi al-Quran' 'bersama kepemimpinan ulama' tapi realitinya hanya omongan kosong,” katanya ketika membahas usul sosial pada Persidangan Perwakilan Puteri UMNO, semalam.
Yang peliknya, Si Wali Terompah tu jugak yang beria - ia mendabik dada dengan rasa megah dan bangga menyatakan bahawa Kelantan ni sebagai Serambi Mekah.
Macam mana dia sendiri boleh membiarkan nama baik Kota suci Mekah itu dicemarkan dengan perkara - perkara seumpama ini?
Bukan ke dia sendiri kata yang PAS nak memperjuangkan Islam dan menegakkan syiarnya di Malaysia ni? Ini nak jaga menda jadahnya? Makin memburukkan lagi ada la.
Tapi itu pun diorang masih nak sombong dan megah serta membanggakan diri sendiri lagi? Memang dasar tak sedar diri betul la diorang ni!!! Hidung tak mancung, ada jugak Pipi kena lempang kang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.