Selasa, Disember 27, 2011


Sebelum ni, satu Malaysia dah tengok sikap panas baran Menteri Besar Kedah bila berhadapan dengan pihak Media yang menyatakan dia GAGAL menyelesaikan isu banjir.

Jadi, kalau isu tu pun Tok Jan boleh marah sakan, apa pulak reaksi dia bila dia dapat SMS ni nanti? Adakah dia akan jadi Gila Meroyan pulak?
ALOR SETAR 26 Dis. - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) yang dilancarkan Jumaaat lalu menerima lebih 1,200 khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka mempertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.
Pengerusi jawatankuasa bertindak tersebut, Mansor Ahmad berkata, kebanyakan SMS termasuk emel yang menyatakan sokongan itu diterima daripada masyarakat umum, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari dalam dan luar Kedah dan jumlah itu dijangka terus bertambah berdasarkan respons semasa.
Katanya, sokongan pelbagai pihak itu termasuk daripada UMNO membuktikan perjuangan untuk menyelamatkan madrasah berkenaan bukan bermotifkan politik, tetapi demi mempertahankan madrasah yang menjadi tempat memartabatkan syiar Islam.
''UMNO hanya memberi sokongan moral. Bahkan keahlian dan sokongan yang diterima kami juga daripada persatuan penulis, golongan tidak berparti, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan NGO Melayu serta Islam dari seluruh negara,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Utusan Malaysia semalam melaporkan kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks beli-belah supaya tanah wakaf yang menempatkan madrasah itu tidak diusik.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.
Azizan turut mendakwa sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.
Mereka yang berminat untuk menjadi ahli atau menyatakan sokongan boleh menghantar nama dan nombor telefon ke talian 011-14717736 atau emel kepada savemadrasah@yahoo.com.
Sekarang dah memang jelas puak - puak Pakatan Pembangkang tu GAGAL mendengar suara rakyat. Jadi, menda kejadah lagi yang diorang nak sibuk - sibuk suruh orang lain dengar cakap diorang pulak!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Ini semua adalah sandiwara MB Azizan.
    Dia sedar bhw orang Melayu Kedah dah tidak lagi menyokong PAS.
    Bila dekat nak PRU13 nanti, Azizan akan pusing 180 darjah dan mengumumkan bhw PAS tak jadi nak roboh surau tsb dgn harapan orang Melayu akan balik menyokong PAS.
    Kalau tak percaya, tunggulah dan lihat ..........

    BalasPadam
  2. Setuju dengan pendapat Mohd. So eloknya, biar je MB teruskan dengan langkahnya, biar rakyat yang akan mengadili nya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping