Nampak gayanya, memang jelas Si Ketua Penipu ni dah semakin tak senang duduk. Dah panas dah punggung dia sejak akhir - akhir ni.
Nak pulak bila menjelang tarikh 9 Januari nanti apabila keputusan berkaitan dengan kes liwat dia terhadap Mohd Saiful akan diputuskan.
Maka terpampanglah macam - macam tohmahan dan tuduhan yang ditaburkan agar seluruh rakyat Malaysia merasa simpati terhadap diri dia yang malang tu, kononnya.
Dakwaan tu termasuklah dengan memburuk - burukkan nama Tun Dr. Mahathir bagi membersihkan imej dia yang dikatakan agen Yahudi. Kita cerita kat bawah nanti.
Cuma Semut heran. Bila diberi peluang untuk membela diri dalam mahkamah, dia sendiri tak nak gunakan. Sebaliknya, dia hanya mengkritik sistem Kehakiman Negara sahaja.
Kenapa dia tak gunakan kesempatan tersebut untuk membela diri dia dan menafikan tuduhan yang dilemparkan? Tambah pulak, kelebihan memang ada pada dia.
Bukan ke dia kata dia ada alibi yang cukup untuk mengenepikan tuduhan? Kenapa dia tak gunakan alibi yang dinyatakan? Tambahan pulak dia kata dia ada bukti. Mana buktinya?
Malah, bila pihak pendakwa kata ada terdapat sampel DNA Lelaki Y ditemui dalam rektum Mohd Saiful, dia tak nak pulak menafikan perkara tersebut.
Sebaliknya, doktor yang dia import dari luar Negara hanya mempertikaikan sampel itu sahaja, bukan menafikan kewujudannya.
Dan bila didesak suruh dia serahkan sampel DNA dia sendiri kepada pihak mahkamah untuk dibuat perbandingan, dia mati - mati enggan melakukannya. Apa yang dia takut sangat?
Kalau dia bagi sampel DNA dia hari tu, tak payah la dia susah - susah nak reka - reka cerita yang bukan - bukan terhadap Tun Dr. Mahathir.
Sebelum ini dia kata Tun Dr. Mahathir telah meminjam wang dari IMF. Jelas Tun, dia tak pernah pinjam dari IMF dan dicabarnya Si Ketua Penipu tu buktikan dakwaan tersebut.
Dah Si Ketua Penipu tu ubah pulak. Bukan IMF kata dia, tapi Bank Dunia. Ternyata, disitu sahaja dia dah kantoi menipu. IMF tak sama dengan Bank Dunia.
Dan dengan dakwaan yang dia buat tu, jelas dia hanya sekadar membunuh diri sahaja. Sebab yang jadi Menteri Kewangan ialah dia sendiri. Pinjaman tu pun lulus melalui Kemeterian dia.
Pun dia nak tuduh Tun Dr. Mahathir jugak sedangkan dia yang bertanggungjawab membuat pinjaman tersebut. Lagi dia tak nak mengaku?
Satu lagi tuduhan yang dibuat ialah mengaitkan Tun Musa Hitam dengan isu berkaitan Agen Amerika. Kata dia, Tun Musa Hitam juga turut mengalami nasib yang sama.
Jelas dia sengaja nak memutar belitkan sejarah yang dia sendiri cipta. Padahal, ketika Pemilihan parti pada ketika itu adalah percaturan dia.
Si Ketua Penipu tu la yang bertanggungjawab mencipta label terhadap Tun Musa Hitam dan memecah belahkan UMNO kepada dua Kumpulan.
Tapi, hidup mati semula pun dia takkan nak mengakui perkara tersebut. Cuma semua orang dah tahu cerita sebenar. Dia je yang tak sedar diri.
Sudah - sudah la menipu rakyat ni. Kalau nak sangat pergi ke Penjara tu, pergi je la. Jangan la tabur taik atas jalan orang lain. Dah dia yang berak, dia tak nak mengaku pulak. Jangan la diikut sangat perangai Setan tu, Sial!!!
Cukuplah dengan watak dia, kita tunggu kebenaran dan padah dirinya sendiri. Dosanya hanya dia yang tahu sebab dia dalam kedudukan yang sangat mengetahui ... Dia kan mengucap dua kalimah syahadah .. Islam agamanya .. kita saksikan Kebesaran Allah sahaja ... yang penting kita belajar dari yang baik dan yang buruk .. yang kita belajar untuk jadi muslimin yang elok bukan dari yang baik-baik sahaja. Yang tidak baik pun banyak memberi pengajaran untuk kita ..
BalasPadamorng terdesak beb.. biasalah.. mcm2 dia keluar.. nanti adalah sampai libatkab keluarga dia juga tu kata terancam la ini la tu lah.. semuanya kerana kes liwat ini.. berani buat berani tanggungla...
BalasPadamSebagai Muslim kita berpegang dan berpaksi kepada Allah. Kalau dua pihak bertelingkah tapi tak de bukti, kita serah kepada Allah. Siapa yang tak berani bermubahalah... ape maknanya. Maaflah.... hanya Pendusta @ Penipu yang tak berani menjadikan Allah sebagai saksi...... Setakat ini Anwar Berahim sentiasa kecut perut utk buat mubahalah...
BalasPadam