Macam - macam hal ada dalam dunia hari ini. Ada satu orang tu, kemaruk sangat dia menyaman orang itu ini. Saman pulak semuanya sebab fitnah belaka kata dia.
Bagi dia, semua orang berkonspirasi dan sengaja menaburkan fitnah untuk memburuk - burukkan imej serta menjejaskan maruah dia sahaja.
Tapi ada jugak orang yang dia tak saman walaupun memang jelas apa yang orang tu buat hanya mendedahkan pekung yang ada didada dia.
Macam kes video dia dengan Chinadolls hari tu. Dia kata pendedahan tu hanya semata - mata untuk menjatuhkan maruah dia dan juga keluarga dia.
Tapi bila pergi ke balai Polis, dia hanya buat laporan mengenai penyiaran bahan lucah secara umum sahaja. Kenapa daia tak failkan saman terus terhadap orang yang mendedahkannya?
Lepas tu dia saman Si Khairy Jamaluddin sebanyak RM100juta pun atas alasan kononnya Ketua Pemuda UMNO tu sebarkan fitnah dalam satu ceramah yang dibuat pada tahun 2007.
Tapi kenapa dia tak pernah pulak ambik tindakan dan failkan saman terhadap Ezam Mohd Nor, Nallakaruppan, Gobala dan Zulkifli Nordin atas sebab yang sama?
Diorang bukan setakat sekali dua buat cerita pasal dia. Dalam satu ceramah, berbakul - bakul sumpah seranah dan tohmahan yang dibuat. Tak de pulak dia ambik tindakan.
Dan yang bertambah herannya, orang - orang ni mintak agar dia ambik tindakan dan mengheret mereka ke mahkamah. Pun dia tak nak buat jugak, pasal apa?
Pelikkan? Tapi nak buat macam mana ye tak. Dia memang jenis manusia yang takut dengan Kebenaran. Walaupun dia kata benda tu tak betul dan sebagainya, dia tetap jugak bongok sebab tak ambik tindakan!!! Kalau dah BONGOK tu, BONGOK la jugak!!!
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.
Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.
Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.
Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.
“Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.