Isnin, Januari 16, 2012


Ini adalah diantara sebab kenapa puak - puak Pakatan Pembangkang tu 'setuju untuk tidak bersetuju' dalam isu perlaksanaan Hukum Hudud.

Kalau tak de Hukum Hudud, maka undang - undang yang berkaitan dengan hubungan sejenis ni memang tidak diperlukan.

Dalam erti kata lainnya, hubungan seksual sejenis seperti meliwat dan sebagainya boleh dilakukan secara terbuka dan tidak dikenakan sebarang tindakan.

Jelas, apa yang dinyatakan oleh Si Ketua Penipu mengenai perlaksanaan undang - undang hubungan sejenis jauh bertentangan dengan agama Islam.

Tapi mungkin juga undang - undang Islam PAS membenarkan perkara tersebut dilakukan. Dan mungkin sebab itu juga mereka tidak menjadikan hudud sebagai agenda mereka.

Sedangkan dalam hukum perundangan Islam juga, hubungan sejenis atau Homoseksual ini adalah dilarang sama sekali. Nak pulak jika ianya dilakukan oleh orang Islam sendiri.

Setakat hari ini, masih tak de lagi dikalangan pemimpin - pemimpin PAS yang mempersoalkan perkara ini. Adakah mereka hanya mampu menutup sebelah mata sahaja?

Atau adakah apa yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu ni semuanya betul belaka? Tak perlu dah untuk mereka mempersoalkannya?

Sedar la sikit. Kalau betul nak memperjuangkan Islam, jangan sampai perkara Batil pun korang nak sokong jugak. Kot nak jadi orang kafir, itu lantak korang la!!! Korang pikir la sendiri!!!
Pelbagai pihak semalam mengecam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa undang-undang berkaitan hubungan sejenis atau homoseksual di negara ini sudah lapuk dan harus dikaji semula.
Anwar berkata demikian dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) World News, Khamis lalu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.
“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya, semalam.
Khamis lalu, Anwar dalam wawancara dengan BBC World News menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual apabila ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada golongan pro gay (pengamal seks sejenis) di negara ini selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Kumpulan gay Filipina turut menyokong pembebasan Anwar daripada tuduhan itu.
Anwar yang diwawancara menerusi persidangan video di Mumbai, berkata walaupun masyarakat negara ini tidak boleh menerima amalan homoseksual, undang-undang lapuk mengenainya tidak harus digunakan bagi menghukum orang yang tidak bersalah.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut mempersoalkan pandangan Anwar, yang mahu mengkaji semula undang-undang itu, seolah-olah beliau tidak akan mematuhinya.
“Pemansuhan undang-undang perlu sesuai dengan negara kita, jadi lebih baik Anwar memasukkannya dalam manifesto pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 dan biar rakyat menilai pendiriannya,” katanya.
Choo Keong berkata, keperibadian Anwar kini menyerlah berikutan pandangannya terbuka sekali gus cuba mengheret masyarakat Malaysia untuk lebih bersikap liberal seperti di Amerika Syarikat.
“Setahu saya, homoseksual perbuatan serius dalam hukum syariah Islam dan sebarang pandangan mengenainya perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini, seharusnya Anwar lebih faham berbanding saya,” katanya.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. haram tetap haram mana ade ruang utk menghalalkanya..aljuburi tu dah meroyan teruk..eloklah kaum keluarganya bawa beliau ketanah suci membersihkan jiwanya yg telah kotor sebelum terlambat..manakala rakyat Malaysia terutama org Islam pastikan haramjadah ni berkubur pada PRU13 nanti..Beliau adalah pemimpin nazak xlayak menerajui Malaysia..kpd PAS muhasabahlah prinsip/matalamat perjuangan parti agar xsenasib dgn PKR..salam 1Malaysia.

    BalasPadam
  2. KENA LA YG PAS NI PUN BEROTAK NAZAK NAK JADI MENTERI KABINET SAMPAI LUPA SEMUA APA YG PENAH DI PERJUANGKAN DULU...

    PEJUANG HAMAS...

    BalasPadam
  3. PAS tidak akan tentang kenyataan Anwar kerana PAS bertekad untuk memberikan hak dan kebajikan kepada semua terutama sekali golongan gay dan lesbian.

    BalasPadam
  4. Biarlah PAS nak sokong sayangku tu...Ko dengki apa?Nanti boleh aku kawin sesama jantan cun.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping