Isnin, Januari 16, 2012


Ketua Penipu yang baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dianggap sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau terselamat daripada hukuman penjara.

Menariknya, label itu diberikan majalah antarabangsa, The Economist dan bukan datang daripada pemimpin UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) yang selama ini sering dituduh sebagai pihak yang berkonspirasi ke atas pertuduhan liwat tersebut.

Menurut The Economist, walaupun Si Ketua Penipu tu seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, tetapi imej serta reputasinya sebagai ketua pembangkang tercemar khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.

"Bagaimana keputusan (mahkamah) itu akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan (pembebasan) Anwar sudah tentu memberi rangsangan sangat diperlukan kepada pakatan pembangkang yang diketuainya.

"Namun, untuk jangka masa panjang belum jelas. Reputasinya tercemar dan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai khususnya bagi generasi muda Malaysia," kata majalah tersebut sebagaimana dipetik dari laman webnya, http://www.economist.com hari ini.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Si Ketua Penipu tu selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan itu disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual dari Filipina, Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay).

Malah, Anwar sendiri tidak terkecuali bercakap mengenai homoseksual apabila mempertikai undang-undang berkaitan perkara itu di Malaysia yang disifatkannya sebagai sudah lapuk dan tidak relevan ketika menjawab soalan wartawan agensi berita antarabangsa, BBC.

Dalam pada itu, The Economist menambah, ketua pembangkang itu juga gagal membawa pemodenan dalam politik apabila PKR yang diterajuinya dipenuhi ahli keluarga sendiri selain pelbagai masalah dalaman meskipun beliau sering kali melaungkan reformasi.

"Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN," dakwa majalah itu lagi.

Ps: Mana tak lemah kalau dah semua benda dibalunnya.Dia bukan kira depan belakang. Semuanya dia sondol sama je!!!

3 ulasan:

  1. Sekarang orang luar pun dah nampak sikap sebenar Anwar Ibrahim. Orang tempatan bila pula nak sedar?

    SIKAP HIPOKRIT NURUL TERSERLAH BILA KUTUK MB PAHANG... Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. HEBAT UTUSAN KOREK LAGI CERITA ANWAR BANGSAT NIE....

    BalasPadam
  3. Jangan dok kata apa-apa la, nanti org Pas marah. Itu bakal PM depa bila tawab Putrajaya dlm PRU 13 nanti. Puteri UMNO siap sedia la jdi gundik pejuang Islam dalam PR. Barang rampasan katakan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping