Ahad, Januari 08, 2012


Wakakaka!!! Dah semakin terdesak nampak gayanya puak - puak PKR ni sampai terpaksa taktik yang sedemikian punya keji.

Diorang dah terang - terang sakit hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali sehingga habis semua benda nak diungkitnya.

Termasuk la dengan menghantar surat layang bagi mengecam tindakan Exco Kerajaan negeri Selangor tu dan mengaitkan dia dengan isu kes liwat Si Ketua Penipu tu.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie menghantar surat terbuka kepada exco agama kerajaan negeri Selangor itu. 
Dalam surat itu, beliau mendakwa Dr Hasan liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

“Kenyataan ini pastinya adalah pendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga “senak terasa di perut!. Hendak di buang ‘angin bimbang berbau busuk, hendak di tahan sakit sudah melata ke dada’, katanya dalam surat itu.
“Apakah Datuk sebegitu buta hati terhadap masalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”)? Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan
Datuk  terhadap DSAI? Bukankah isu DSAI itu sendiri membantu Datuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya yang akhirnya menjayakan Datuk menduduki kerusi empuk di Bangunan SSAAS Shah Alam?
Secara sinis, Suhaimi yang juga  Adun Sri Muda menyeru Dr Hasan jangan terlalu mengikut perasaan.
Katanya, peluang untuk menjadi Menteri Besar masih ada.
“Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang ‘untuk berjiwa besar’ dengan menoleh sejenak ke belakang.
“Apakah langkah Datuk sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Datuk lebih mengerti dengan maksud ‘kura kura dalam perahu’, kata beliau.
Dalam erti kata mudahnya, Ketua Penerangan PKR Selangor ni nak kata yang kemenangan Hassan Ali adalah disebabkan isu kes liwat Si Ketua Penipu tu jugak.

Ingat!!! Hassan Ali menang Pilihan Raya Umum tahun Mac 2008. Kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Mohd Saiful timbul bulan Jun 2008.

Jadi, macam mana pulak Ketua Penerangan PKR Selangor ni boleh buat dakwaan kata isu tersebut ada kaitan dengan kemenangan Hassan Ali?

Nampak sangat masa dia tulis surat untuk Hassan Ali ni sebab hati dia tengah 'panas' dengan apa yang dibangkitkan oleh Hassan Ali.

Tak logik lansung dakwaan yang dilemparkan oleh Si Ketua Penerangan tu. Tak de asas lansung. Dia main ikut sedap hati dia je masa tulis surat tu.

Ternyata, puak - puak PKR ni memang tak boleh terima Kebenaran. Diorang lebih suka menipu. Jadi sebab tu la Ketua Penerangan PKR Selangor ni marah tak tentu pasal!!!

Tapi nak buat macam mana ye tak. Kalau dah otak dia letak kat Kepala Lutut, memang patut sangat la dia tulis macam tu!!! Kalah budak tadika!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Surat ini adalah bukti nyata perjuangan puak Melayu Islam PAS dan PKR bukan untuk Islam. Mereka sokong DSAI hanya lah atas dasar keduniaan. Nak jaga periuk nasi masing-masing. Bukan ada prinsip menegakkan Islam.Padan lah w/pun berlambak kebenaran didepan mata tentang akhlak DSAI tetapi bersikap buta, pekak dan bisu. Kesian pengikut2 mereka. Main ikut aje ketua2 mereka yg sesat lagi menyesatkan.Kena guna utk kepentingan ketua mereka

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping