Selasa, Januari 10, 2012


Kalau sebelum ni, dia cukup liat nak pergi ke Pejabat Agama Islam Selangor atas dakwaan dia bagi kuliah tanpa sebarang tauliah.

Tapi, di Pahang, dia tak berani nak ambik tindakan yang bukan - bukan dan hadir untuk memberikan keterangan.

Mungkin la Ustaz - Ustaz dalam PAS tu bagi tau dia yang memberikan keterangan kepada Jabatan Agama Islam ni bukan sesuatu perbuatan yang dilarang dalam Islam.

Tak la macam perbuatan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu. Agaknya Haji Hadi atau pun Si Wali Terompah tu kena bagi tau yang Meliwat ni Haram disisi Islam!!! Sebab dia tak tau tu yang dia main balun ikut suka hati dia je!!!
Pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu, Mohd. Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman akhirnya hadir memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini hari ini berhubung kes mengadakan ceramah tanpa tauliah di sebuah masjid pada 24 Disember lalu.
Beliau yang disiasat mengikut Seksyen 161 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah memberi keterangan selama sejam bermula pukul 10.45 pagi sambil ditemani peguamnya, Mohd. Fadzli Ramli.
Mohd. Fadzli ketika ditemui berkata, dia mempertikaikan tindakan JAIP menyiasat kes itu mengikut Seksyen 161 enakmen tersebut kerana disifatkan tidak berasas.
“Bob Lokman tidak memberi ceramah agama, tetapi dia menceritakan pengalaman peribadinya yang berubah menjadi lebih baik,” katanya kepada pemberita di sini.
Pada 24 Disember lalu, pelakon tersebut diberi notis oleh JAIP atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat maghrib.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Ab. Malek mengesahkan menerima keterangan daripada Bob Lokman.
Katanya, beberapa individu lain termasuk ahli jawatankuasa masjid berkenaan juga akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.
“Apabila selesai siasatan, perkara ini akan diserahkan kepada pihak pendakwaan sebelum memutuskan untuk mendakwanya (Bob Lokman) di Mahkamah Syariah ataupun tidak,” katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping