Selasa, Januari 10, 2012


Tak sudah - sudah Si Nurul Izzah ni nak memalukan diri dia sendiri. Tak cukup agaknya Papa dia menjual maruah keluarga mereka diluar.

Kali ni, dia nak bela pulak Mahasewel yang memang jelas tak de maruah tu dan menyalahkan pihak UPSI sebab ambik tindakan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan tindakan yang diambil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggantung pengajian Adam Adli Abdul Halim selama tiga semester telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti UPSI sebagai institusi pengajian tinggi yang terulung.
Menurut Nurul Izzah (gambar), sebagai institusi pengajian tinggi yang wujud sejak sebelum merdeka, UPSI seharusnya mengambil pendekatan bersifat pengajaran terhadap Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif itu, bukannya dengan menekankan budaya ketakutan terhadap mahasiswa.
“Tindakan menggantung pendidikan Adam Adli ini adalah tindakan yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa dari menyuarakan pandangan mereka.
“Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Tambahnya lagi, mahasiswa seharusnya diberi peluang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang.
“Di mana kah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti?” soalnya Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
“Maka secara implikasinya, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalam yang sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI itu sendiri, yang mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum Malaya mengecapi kemerdekaan,” tegasnya.
Jika tindakan UPSI menggantungkan budak Mahasewel tu adalah satu perbuatan yang merendahkan maruah UPSI, bagaimana pulak dengan perbuatan Mahasewel tu sendiri?

Adakah tindakan menurunkan bendera di PWTC satu tindakan yang bijak bagi seorang pelajar Universiti? Adakah itu caranya seorang Mahasiswa perlu bertindak?

Apa salahnya UPSI bagi si Mahasewel tu penggantungan selama 3 semester? Bukannya dia kena buang terus dari pelajaran dia.

Dengan adanya penggantungan selama 3 semseter tu, boleh la Si Mahasewel tu nak buat apa pun sesuka hati dia. Kan itu yang kebanyakkan anggota SMM buat?

Bukan ke diorang lebih rela menangguhkan pengajian dan menumpukan perhatian kepada gerakan menuntut Kebebasan Akademik?

Itu semua merupakan tuntutan yang dibuat oleh mereka sendiri. Jadi, buat apa Si Nurul Izzah ni nak meroyan tak tentu pasal pulak?

Tak payah la nak tunjuk Hero dengan membela nasib Si Mahasewel yang dah tentunya sewel kepala otak tu. Jaga kebajikan orang dikawasan tu dulu. Ada juga faedahnya daripada sibuk pasal orang lain!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. hahaha blog sampah

    BalasPadam
  2. sampah sampah pun ko baca jugak...hahaha sampah sungguh ko ni

    BalasPadam
  3. Izaah?. Sapa ni?. Hahaha...

    BalasPadam
  4. Mahasiswa kepala lancau...dgree pun belum dapat lagi..agaknya kalau parti keldaian ni merintah,budak2 student demo lawan diorang,marah tak agaknya..tak marah kut..hahaha...

    BalasPadam
  5. Parti Keldai mestilah mahu anak anak orang lain jadi keldai mereka...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping