Jumaat, Januari 13, 2012


Lihat betapa hipokritnya sikap seorang yang mendabik dada mengatakan bahawa dia memperjuangkan Keadilan buat rakyat.

Jika Keadilan berpihak kepada mereka, maka mereka akan kata yang sistem Kehakiman Negara ini adil dan ianya kemenangan rakyat.

Padahal, kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Mohd Saiful tak de kena mengena lansung dengan rakyat. Ianya masalah moral Si Ketua Penipu tu sendiri.

Adakah Si Azmin Ali ni nak heret rakyat ke dalam masalah seksual Si Ketua Penipu tu dan menjadikannya sebagai salah satu agenda rakyat?

Kebebasan dan keadilan apa yang hendak diperjuangkan oleh mereka ni sebenarnya? Nak membebaskan rakyat agar mereka dapat melakukan perbuatan yang sama?

Tidakkah mereka tahu bahawa dengan tindakan tersebut, ianya jelas melanggar hukum syarak yang menjadi ketetapan didalam Islam? Dimana suara PAS dalam isu ini? 

Takkan mereka tak tahu bahawa sekiranya mereka menyokong tindakan liwat yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu, maka mereka juga dalam golongan orang yang berdosa.

Seandainya mereka menyokong dalam perkara yang syak, maka mereka akan tergolong dalam golongan orang yang syubhah.

Sedangkan dalam golongan orang yang syubhah ini merupakan diantara perkara yang dilarang dan dicegah oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Dimana bukti yang mereka mengatakan isu kes liwat ini sebagai satu konspirasi? Adakah ianya hanya teori mereka semata - mata atau ianya dapat dibuktikan?

Nah!!! Itu sahaja sudah menjadi satu persoalan kepada mereka. Jika benar ianya satu konspirasi, buktikan. Kalau setakat bercakap guna air liur je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Kenyataan Azmin Ali pada 16.September.2011, ketika perbicaraan kes liwat II masih berjalan. Kenyataan ini dipetik dari azminali.com


Perlaksanaan kepada janji Perdana Menteri juga bergantung kepada kebebasan dan integriti institusi kehakiman. Selagi institusi kehakiman tidak bebas dari cengkaman politik dan tidak memiliki integriti, institusi tersebut boleh dijadikan alat kepada kezaliman baru dan melakukan “political persecution.” Bahkan ini yang sedang dilakukan oleh Datuk Seri Najib kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.
 
Kenyataan Azmin Ali pada 10.Januari.2012, setelah hakim melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat kerana kekurangan bukti.   Kenyataan ini disiarkan di muka surat 4 Sinar Harian 11.Januari.2012.

Keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan sistem kehakiman negara ini , mengamalkan prinsip adil dan benar, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurut Azmin, meskipun persepsi umum terhadap sistem kehakiman negara masih di tahap rendah , namun beliau yakin ada hakim menjatuhkan keputusan berdasarkan prinsip keadilan dan kebenaran.

Keputusan ini membuktikan sistem kehakiman tidak dipengaruhi oleh kuasa badan eksekutif. Ia permulaaan baik dan berharap lebih ramai hakim berani membuat keputusan yang bukan kerana tangan-tangan eksekutif.

Kemenangan ini bukti PKR semakin kuat dan bersatu untuk berdepan BN pada pilihanraya umum akan datang. - RBF Online
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. alah azmin. ko pun tak adil nak kata orang. bini ko ko share dengan jantan lain ko pk adil sangat ke ko tu. buduz

    BalasPadam
  2. korang sume pernah tengok tak lidah ular

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping