MEH JADI RAKAN SEMUT, Klik Pada Butang Follow Di Bawah

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

DUTA PELIK MALAYSIA ADA HAIWAN 'PREHISTORIC'!!!


KUALA LUMPUR, 30 Jan – Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

“Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Abughoush berkata oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

“Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

“Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya.

Abughoush mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana menyatakan pendirian kerajaan Malaysia tentang perkara itu.

“Kami yakin kerajaan dan rakyat Malaysia yang berbudi tinggi akan terus memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin serta perjuangan suci mereka,” katanya.

Dalam kenyataannya pada Ahad, Anifah berkata tindakan yang disifatkan oleh Israel sebagai langkah yang perlu diambilnya untuk memelihara keselamatan negara itu termasuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Gaza; menangkap dan menahan rakyat Palestin tanpa bicara; membunuh rakyat Palestin termasuk pemimpin mereka melalui serangan misil dan bom; dan melaksanakan dasar bersifat menindas dan menekan rakyat Palestin seperti merampas rumah mereka dan membenarkan rakyat Israel membina penempatan haram di tanah milik penduduk Palestin.

Beliau berkata kerajaan Malaysia bukan saja tidak pernah menyokong sebarang tindakan-tindakan itu, malah berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk mengkritik dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa – Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NetworkedBlogs

PAS Penghalang Perjuangan Islam!!!

PING!!!

DISCLAIMER

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.