Isnin, Januari 30, 2012


PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur hari ini membenarkan pendengaran hujah permohonan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain untuk menghalang rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenepikan kes qazaf.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Zohdi Toha berkata kebenaran tidak diperlukan oleh pemohon iaitu Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali, dan  Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain untuk mengemukakan permohonan mengenepikan rayuan Anwar.

Pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.

Berikutan itu, peguam Anwar Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Datuk Mohamad Burok yang tidak berpuas hati membantah keputusan tersebut sebelum bertindak enggan meneruskan prosiding dan keluar mahkamah.

Kamar Ainiah berkata adalah tidak relevan kerana hakim sepatutnya perlu mendengar permohonan Jamil Khir terlebih dahulu dan membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak sebelum mendengar hujah daripada peguam untuk mengetepikan rayuan Anwar.

Katanya, keputusan itu dianggap seperti satu penyalahgunaan kuasa oleh pemohon dan pihaknya akan membuat permohonan untuk menyemak semula keputusan hakim.

Sementara itu, peguam Roslizam akan memfailkan notis tunjuk sebab mengikut seksyen 229 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 mencadangkan supaya peguam Anwar dikenakan tindakan ‘menghina mahkamah’ kerana enggan meneruskan prosiding dan keluar daripada mahkamah.

Pada 14 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil Khir membatalkan permohonan Anwar yang mahu bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut kes qazaf.

Ps: Ala! Apa nak heran dengan peguam - peguam Si Ketua Penipu ni. Diorang memang dasar jenis manusia yang Penakut. Setakat nak bercakap je pandai.

Tengok la macam Si Karpal Whilcar tu. Dalam mahkamah bukan main lagi. Dia sendiri mengakui yang Si Ketua Penipu tu meliwat. Tapi bila diluar, kenapa dia tak berani pulak buat dakwaan tersebut?

Habis semua pemimpin Pakatan Haramjadah tu jadi bengong disebabkan dek dia. Masing - masing pening kepala nak jelaskan kepada rakyat. Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dak Ketuanya pun Kaki Penipu, anak buah dia apatah lagi!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping