Khamis, Januari 26, 2012


Fuh!!! memang betul la apa yang dikatakan oleh orang sebelum ni. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni kalau bercakap memang mudah.

Diorang suka - suka je buat tuduhan yang bukan - bukan terhadap orang lain. Dah la tu, tak de rasa bersalah pulak tu bila diorang buat.

Cuma, yang herannya, bila orang lain buat benda yang sama kepada diorang, tau pulak diorang nak melenting tak tentu arah. Tau pulak diorang kata yang ianya fitnah dan sebagainya.

Dalam realiti, itulah dia sikap puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang memang suka main tuduh tanpa sebarang bukti yang sah.

Tapi bila dah kantoi nanti, mula la diorang songeh. Tau pulak malu sendiri. Kalau tau malu, siapa suruh korang cakap benda yang bukan - bukan!!! Nak bercakap pun tunjuk bukti la!!! Setakat cakap je buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
PETALING JAYA: Beberapa poster berwarna yang bertujuan untuk mengaibkan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersih, Dato’ S Ambiga terpapar di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
Berikutan kejadian itu, Ketua Penerangan PKR Kepong, M S Arjunan membuat laporan di Balai Polis Daerah Petaling, Brickfields di sini semalam, meminta pihak polis menyiasat dan menahan serta mendakwa mereka yang terlibat.
Menurut Arjunan, ketika beliau dan Setiausaha Agong Persatuan Kemajuan Pelajar-Pelajar Tamil Malaysia (MATSAP), A Kalaimughilan memasuki simpang jalan ke Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, mereka menemui beberapa poster ditampal di tembok di sepanjang jalan tersebut.
“Terdapat dua jenis poster. Poster pertama dengan wajah Anwar tertera tulisan ‘Anwar keldaikan rakyat’, ‘lesbian, gay, bisexual, transex’, ‘Himpunan sex bebas 901’ dan ‘liwat tetap liwat’.
“Sementara poster kedua pula dengan imej Ambiga dengan slogan ‘lesbian, gay, bisexual, trans’ dan ‘undi Ambiga undi sex bebas’. Kedua-dua poster mempunyai logo Seksualiti Merdeka.
“Saya percaya perbuatan ini dilakukan oleh Umno dan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia),” kata Arjunan.
Beliau menambah, ini adalah bertujuan untuk mencemar nama baik Anwar dan Ambiga memandangkan peluang kemenangan Anwar adalah tinggi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Sedangkan kes Anwar telah diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi pihak Umno mahu memalukan Anwar. Saya juga berpendapat Ambiga sebagai seorang wanita tidak seharusnya diperlakukan sedemikian,” kata Arjunan.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Blog tuan yang hebat ini telah saya pautkan di blog saya.
    Mohon tuan pautkan blog saya juga.TQ
    www.melayukulai.info

    BalasPadam
  2. tak da faedah pun perkasa umno nak buat tu...wak ingat takda gunting dlm lipatan ke 2a tu.memang tu lah dasar yg diperjuangkan oleh 2a tu..

    BalasPadam
  3. Kaki sondol anwar ni.... tak serik2 !

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping