Itulah diantara benda yang menjadi persoalan oleh seorang Mamat Australia yang KONONnya memperjuangkan keselamatan rakyat di Kuantan tempoh hari.
Dia yang sebelum ini diberi kesempatan untuk menemubual MB Pahang selama setengah jam hanya menggunakan dua minit sahaja untuk membuat kesimpulan.
Kata dia, MB Pahang ni sengaja nak buat orang Melayu UMNO membenci orang Cina dengan timbulnya isu berkaitan dengan pembinaan kilang Lynas di Gebeng.
Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yang telah diemailkan kepada Semut dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kuantan yang dihadiri MB Pahang tengahari tadi.
Tak nampak pulak yang MB Pahang ni membenci orang Cina. Malah beliau juga turut menjelaskan bahawa diri beliau cukup rapat dengan bangsa Cina.
Kata MB Pahang, Ibu mertua beliau Cina. Maka isteri beliau adalah separuh Cina. Manakala menantu beliau juga merupakan seorang yang berbangsa Cina.
Jadi, adalah mustahil bagi Si Mamat Australia tu kata yang MB Pahang ni nak orang Melayu UMNO membenci bangsa Cina. Ianya satu dakwaan yang tak masuk akal!!!
Ps: Dalam majlis tu Si Fuziah Thoron pun turut hadir jugak. Gamaknya dia tak de sesi demo nak dibuat hari ni kot. Hehehe...
Ini menunjukkan yang Negara Malaysia ni masih lagi mengamalkan dasar demokrasi dan terbuka. Tak macam yang dikatakan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.