Rabu, Januari 11, 2012


Pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS disebabkan pengaruh golongan liberal dalam parti Islam tersebut, kata bekas pemimpinnya Datuk Nakhaie Ahmad.
Jelas bekas naib presiden PAS ini, perubahan pemikiran dan barisan kepimpinan baru yang dikuasai golongan liberal menyebabkan golongan ulama diketepikan.
“Punca pemecatan Hasan Ali adalah perubahan yang berlaku dalam PAS...PAS pada masa sekarang sudah banyak berubah yang mana dari segi pemikiran ia berubah ke arah pandangan yang liberal dan yang kedua adalah perubahan barisan kepimpinan, kalau dulu kepimpinan PAS adalah kepimpinan ulama tapi sekarang kepimpinan PAS dikuasai golongan liberal.
“Dahulu kepimpinan ulama dalam PAS banyak menyentuh tentang politik dalam kaitan dengan akidah dan sekarang sudah tentu pendekatan sekarang adalah bagaimana untuk memperoleh kuasa...dengan sebab itu maka aliran liberal begitu kelihatan dalam keputusan-keputusan yang dibuat,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Nakhaie menambah pandangan-pandangan yang dilontarkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu mewakili pandangan era kepimpinan ulama yang tidak boleh diterima barisan kepemimpinan baru parti Islam pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Jadi pandangan Hasan Ali tidak serasi dengan kepimpinan  baru dan pandangan yang mewakili zaman lama dianggap pandangan pengacau yang menghalang perubahan dan pendekatan liberal yang diikuti PAS sekarang.
“Dalam kepimpinan liberal, soal akidah memang jelas tidak diberi keutamaan, mereka sudah tidak memberi sokongan kepada isu akidah seolah-olah sudah luput zamannya,” katanya.
Jelas beliau, golongan ulama dalam PAS juga akan menjadi “mangsa” seperti Hasan sekiranya mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan kepimpinan baru.
“Kalau tidak bersuara tindakan (dipecat) tidak akan dikenakan, tetapi kalau bersuara mempertahankan pendirian mereka seperti menegakkan negara Islam dan mempertahankan isu-isu akidah seperti mana Hasan Ali, mereka juga akan dipecat
“Daripada akidah ke liberal, dalam pendirian liberal persoalan akidah bukan menjadi hal utama kerana yang menjadi perhatian mereka adalah kuasa,” katanya.
Ps: Macam ni pun orang - orang PAS masih tak sedar diri jugak? Masih jugak menreka hanyut dibuai kuasa oleh Si Ketua Penipu tu?
Jelas, PAS sudah semakin jauh dari perjuangan asal mereka. Mereka lebih rela menjadi Pak Angguk Saja kepada Si Ketua Penipu yang memang Kaki Meliwat tu sahaja!!! Jadi nak kata diorang memperjuangkan Islam menda jadahnya pulak!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Pada 1998 bila Anwar dipecat Mahathir... Hassan Ali, bekas PTD, Pengarah BTN... bagaikan pelarian politik .. terutama ketika diktator Mahathir mula melakukkan tangkapan politik melalui ISA..

    Hassan akhirnya berkata Allah memberi petunjuk untuk bersama perjuangan Islam melalui PAS... PAS memberi kedudukan kepadanya, NP.. MP Parit Buntar & ADUN Sg Burung,.... ADUN Gombak Setia....

    Pada 2008 bila hasrat jadi MB tipis, suara hassan agak sumbang senada dengan tempo UMNO.... dan 2011 beliau seakan2 menyesali bersama PAS...

    Pada saya, disaat2 gentir UMNO hari ini.... mereka sedang mencari setiap dahan untuk dipauti walaupun dahan yg dah reput.... ketika ini sahan diri Hassan dah sikit naik.. jika hassan nyatakan untuk bersama UMNO sekali lagi.......prospektif kerjaya, ekonomi & glamour dikaca TV untuk dirinya amat baik ...

    BalasPadam
  2. Mereka yang suka menggunakan media 'musuh' tu... ada agenda peribadi ke atau memang nak sabotajkan parti sendiri? Inilah contoh jiwa yg tidak tenteram ( nafsu lawwamah Vs nafsu mutmainnah) dalam perjuangan dan berjemaah..... sikap 'ujub & ananiyah yang menebal .. boleh merosakkan amalan baik sendiri.... na'auzubillahi min zalik.

    BalasPadam
  3. Tahniah PAS.. ahli mengutamakan agenda peribadi mengatasi kepentingan jemaah & parti seperti Hassan Ali yg telah berkali2 ditegur, dinasihati amat wajar dikenakan tindakan tatatertib yg tegas.

    Hassan ali sejak selepas pru12.. amat sumbang tindakannya. Selepas pru12 imej hikmah & toleransi PAS dikalangan bukan melayu meningkat. Masyarakat Malaysia sudah tidak termakan dengan propaganda UMNO yg PAS ini ekstrim.. Penjelasan konsep Islam syumul yg didokong oleh PAS mula diterima oleh rakyat Malaysia. Itulah yang mengerunkan UMNO hari ini!

    Tapi Hassan ali bertindak sebaliknya... tindakan & perjuangannya seiras Islam yg dibawa oleh UMNO dengan menakut2kan orang bukan Islam terhadap Islam! Selama ini UMNO mengaut keuntungan politik dari ideologi nasional berkonsep rasis, fasis & 'divide & rule' dikalangan rakyat pe lbagai kaum /ethnik diMalaysia. Tindakan Hassan ali nampak macam Islam tetapi uslub dakwah yang kurang hikmah! Sedangkan dalam berurusan dengan masyarakat majmuk Rasulullah amat strategik & berhikmah tindakannya! Bahkan para ahli ikhwan didunia Arab amat inovatif dalam tindakan & gerakkerja mereka hari ini dan berjaya memenangi hati rakyat masing2.

    Hassan ali ..mungkin ego dengan kehebatan diri sendiri dan berwala' kepada perjuangan Islam ala-UMNO,.. membelakangkan keputusan jemaah melalui muktamar, syura, JKP & kepimpinan parti!

    Semoga Hassan dapat keinsafan & kembali bersama jemaah Muslimin. Jika tersilap, kami pohon keampunan & petunjuk Allah untuk diri2 kami, tuan & seluruh ummah. Amiin.

    BalasPadam
  4. aku sokong apa yang hassan ali buat..brani cegah kemungkaran..kalau kedai jual arak, mesti ada gak melayu beli...xkan kita nak tolak ansur...time ambiga wat perhimpunan bersih, presiden pas leh lak turun join skali..padahal tu isu pilihanraya jar...kenapa x fokus untuk trus tegakkan hukum hudud dan negara islam di malaysia...memang islam tu syumul..tapi klu isu arak n maksiat dikalangan orang yg mengaku islam, kenapa perlu berkompromi???Rasulullah dulu pun pernah ditegur sebab mengabaikan org muslim buta semata nak berdakwah kepada yang belum islam..ada sapa nak jawab???Terus tegakkan islam...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping