KUALA LUMPUR, 28 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk Pemuda Umno supaya tidak memutarbelit kenyataan kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan ringkas, Anwar menegaskan temubual bersamaWall Street Journalbanyak membincangkan isu yang berkaitan dengan dasar luar negara dan Palestin.
“Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.“
"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormat,” kata Ketua Umum PKR ini.
Jelas Anwar jawapan yang diberikan berbunyi: “Saya menyokong semua usaha melindungi keselamatan negara Israel.”
Ps: Demikian jawapan yang diberikan oleh Si Ketua Penipu tu berhubung dakwaan mengatakan yang dia menyokong keselamatan Rejim Zionis Israel.
Apa yang dia maksudkan dengan keselamatan Israel? Adakah dia menyokong penubuhan negara tersebut? Itu sebenarnya yang menjadi persoalan utama.
Jika benar apa yang dilaporkan oleh The Wall Street Journal tu tak betul, kenapa dia tak ambik tindakan dan mengecam pendedahan yang dibuat oleh mereka?
Sebelum ni, puas puak - puak Pakatan Pembangkang tu suruh isteri Perdana Menteri ambik tindakan terhadap sebuah artikel yang disiarkan di Australia. Terutama Si Mahfuz Bean tu.
Jadi sekarang, Kenapa Si Mahfuz tu tak nak desak Si Ketua Penipu tu agar mengambil tindakan sedemikian?
Dan kalau dia nak saman, saman sekali Dr. Chandra yang turut membuat dakwaan bahawa dia pernah keluarkan kenyataan yang sama di Australia dulu. Jangan setakat dakap je pandai!!! Bila suruh buat, banyak pulak alasan dia!!!
Published with Blogger-droid v2.0.4
BAGUSLAH TU.
BalasPadamSAMAN JE.
KALAU TIDAK PUN BUATLAH
PC DEPAN KAMERA DISINI.
KITA SEMUA PUN NAK DENGAR JUGA.
NAK SAHKAN LIDAH HANG TU
BERCABANG KA TIDAK.
Pandai pulak tu membelit. Belum apa2 dah warning pemuda umno. Senang ajelah. Lain kali cakap ikut suka lepas tu warning orang lain jangan putarbelit. Apaa punya orang. Tidak bertanggungjawab lansung.
BalasPadamHAHAHAHA TERLAJAK KATA DAH X BOLEH UNDURLAH...
BalasPadamhahaha dasar luar.... mcm menteri luar bunyinya
BalasPadamnmpk sgt da terkantoi
BalasPadam