Selasa, Januari 31, 2012


Alahai! Ingatkan tak de orang yang simpati dengan Si Haji Hadi ni. Rupanya ada jugak manusia dalam dunia ni yang simpati dengan dia ye.

Ceritanya begini. Semalam Semut merayap disekitar Kuala Lumpur. Dengar kata ada Wacana yang sedang berlansung. Jadi Semut pun singgah la ke wacana tersebut.

Datang la sorang Mat Motor ni memberikan taklimat dalam wacana tersebut. Antara lain, kata Mat Motor ni dia turut bersimpati dengan Si Haji Hadi tu.

Kata dia, sekarang ni Si Haji Hadi tu dah terasa yang dia memang cukup bersalah kerana menyokong Si Ketua Penipu tu selama hari ini.

Dia sedar yang Si Ketua Penipu tu telah membuatkan perjuangan PAS jauh menyimpang dari dasar serta hala tuju asalnya.

Si Haji Hadi tu juga, 'katanya' turut menyesal sebab terpaksa memecat Datuk Dr. Hassan Ali atas sebab Hassan Ali tak menyokong Si Ketua Penipu tu.

Dan atas sebab itulah, 'katanya' menjadi punca sebenar Si Haji Hadi tu tak nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Jadi, kata Si Mat Motor tu tadi, dia berikan Haji Hadi tiga pilihan. Pertama, Haji Hadi boleh terus kekal dalam PAS dan mengukit arus Parasit Anwarinas sedia ada.

Kalau dia ikut cara tu, kemungkinan besar dia akan diberikan ganjaran dan diberikan kedudukan dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang.

Kedua, dia boleh mencantas semua pengikut - pengikut PAS yang pro kepada Parasit Anwarinas tu secara terang - terangan.

Dia perlu mendedahkan kepada umum, siapa Si Ketua Penipu tu sebenarnya. Tapi akibatnya nanti, dia akan disisih dan dipinggirkan.

Bukan sahaja dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang, malah dia juga akan turut disisihkan dikalangan ahli - ahli PAS sendiri.

Dan ketiga, dia boleh pilih untuk terus bersara dari Politik. Balik kampung dan jaga anak bini serta keluarga dia. Itu pun ada juga faedahnya daripada terus menyokong Si Peliwat tu secara berterusan!!!

Ps: Apa - apa pun keputusan Si Haji Hadi tu nanti, Semut harap dia boleh beristiqarah mohon petunjuk dari Allah S.W.T.

Cadangan Semut sendiri ialah agar Haji Hadi menarik PAS keluar dari Pakatan Pembangkang dan bersatu dengan UMNO demi masa depan serta perpaduan Ummah. Itu lagi bagus.

Pilihan terbaik ialah dengan cara kita kembali kepada yang Maha Esa. Itu sahaja caranya. Bukannya tebus dosa dengan Israel!!!
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. Haji Hadi balik lah ke kampung jadi nelayan semula...sesungguhnya itulah kerja yg beroleh keberkatan buat kamu.

    BalasPadam
  2. Aku terasa hadi ni lebih berguna kalau ia keluar pas dan buat dek jer terima kerja kosong yang di tawarkan oleh dap sebagai calon pru13 akan datang. keh keh boleh lah dia berjihad, berdakwah dan mengislaminasikan parti paling pelesit rasist tuuuui!

    BalasPadam
  3. baik hadi ni relax kat umah...
    menyemah jer kat alam politik...

    BalasPadam
  4. Jangan biarkan dia sendirian menjadi nelayang. Tolonglah join skali. Please....

    BalasPadam
  5. Motorsikal tu dibuat dari kayu dan buluh sebab Hj Hadi kata BESI sejuk tak bolih dipercayai.Video dibuat dari besi pun tak bolih percaya. Nanti dia buat mercedes dari kayu Merbau dan enjin nya dibuat dari kayu pulai...Tuhan telah mengurniakan pengetahuan mengenai BESI kepada Nabi Daud A.S. sehingga evolusi nya berkembang pesat hari ini...Itu pun dema tak percaya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping