Selasa, Januari 31, 2012

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.
Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.
''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.
''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.
Ps: Mungkin inilah padah yang sewajarnya diterima oleh Si Aziz Barbarik tu. Kalau dia terus gunakan gelaran Profesor tu, buat malu je dengan orang lain.

Bukan sebab apa. Selama ni, dia bagi pandangan pun tak menggambarkan lansung yang dia layak menggunakan gelaran tersebut. Dah macam budak tak sekolah pun ada juga.

Lagi pun, Si Aziz Bari ni siapa. Dia bukannya pemimpin pun. Dia hanya sekadar pencacai Pakatan Pembangkang yang suka mengucar - kacirkan keadaan. Itu je.

Nak pulak dalam isu mempertikaikan tindakan Menteri Besar Kedah baru - baru ni berkaitan dengan AUKU dan KUIN. 

Sibuk la dia kata yang Tok Jan tu mungkir perjanjian yang telah dimeterai dalam kandungan buku Jinggay untuk memansuhkan AUKU. Mungkin dia terlupa yang buku Jinggay tu bukannya Al - Qur'an!!!
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. ungku aziz pun x boleh digelar prof juga lah..

    BalasPadam
  2. Tuan,
    Seorang ahli akademik yang akan terus boleh menggunakan gelaran profesor selepas keluat dari lapangan akademik (institusi) apabila beliau dianugerahkan Profesor Emiritus (cth : Prof Emiritus Khoo Kay Khim )dan Prpfesor Diraja (cth ; Pro. Diraja Ungku Aziz).

    BalasPadam
  3. betul cakap Tanpa Nama 8.43am....sekiranya mereka dianugerahkan gelaran sepertimana yang telah dimaklumkan oleh pihak tuan tadi...sekiranya tiada, cuma professor sahaja, kalau dia di ambil kerja di ipt lain sahaja barulah dia boleh menggunakan gelaran itu semula...


    Kerani chabuk...

    BalasPadam
  4. Kepada Tanpa Nama 9:03am Kalau nak juga guna gelaran Professor, IPT yang baru kena lanti dia dulu dan sumbangan journal kepada IPT tersebut baru gelaran boleh diberikan. Ianya tidak boleh diberi gelaran secara automatic apabila menyertai IPT baru.

    BalasPadam
  5. Seorang ahli akademik yang akan terus boleh menggunakan gelaran profesor selepas keluat dari lapangan akademik (institusi) apabila beliau dianugerahkan Profesor Emiritus (cth : Prof Emiritus Khoo Kay Khim )dan Profesor Diraja (cth ; Pro. Diraja Ungku Aziz).

    Dalam negara, Professor biasanya adalah nama gelaran jawatan pensyarah senior sebagai Ketua Jabatan/Fakulti. Biasanya pakar dalam bidangnya.

    Prof. Emeritus gelaran apabila dia pencen dalam jawatan. Prof. Diraja anugerah dari YDP Agung.

    Orang yang berhenti atau kena berhenti tidak layak lagi guna gelaran Professor.

    p/s Tetapi kalau di Amerika Latin, Cikgu sekolah rendah dan menengah pun dia orang panggil Professor. Kalau di Spain, Cikgu sek. menengah ke atas saja dipanggil Profesor. Dalam Universiti baru dipanggil University Professor.

    BalasPadam
  6. Untuk makluman,

    Ungku Aziz dianugerahkan Profesor Diraja, iaitu satu gelaran yang diberi seumur hidupa atas sumbangan besarnya kepada negara.

    Gelaran Profesor, memang untuk penjawat awam.. Sama seperti Prof Datuk Khoo Kay Kim..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping