Memang dah tak dapat dinafikan lagi. Si Nurul Izzah ni bakal cabut lari dari terus menjejakkan kakinya dikawasan Lembah Pantai.
Dari apa yang disampaikan oleh rakan - rakan Semut, perkara ni semakin menjadi kenyataan berikutan 'Kehilangan' dia secara 'Misteri' dari kawasan tersebut.
Kalau sebelum ni, bukan main lagi mencabar Kak Ijat agar terus bertanding dikawasan Lembah Pantai ni. Tapi dalam masa yang sama, dia yang nak angkat kaki rupanya.
Kenapa dia tak nak bertanding di kawasan Lembah Pantai? Sebab dia tau yang rakyat di kawasan tersebut sudah dapat melihat Kebenaran.
Mereka dah dapat menilai sejauh mana kredibiliti seorang pemimpin dari kalangan Pakatan Pembangkang yang bila diberi kepercayaan, dia lacurkannya secara terang - terangan.
Dan mungkin juga dia baca artikel dibawah yang membuatkan dia kecut perut. Tapi, semua ni salah dia jugak. Siapa suruh dia tak jaga rakyat!!! Orang suruh dia membantu rakyat, bukannya menipu!!!
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) bahagian Lembah Pantai agar meningkatkan usaha secara strategik untuk menawan semula kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.Timbalan Perdana Menteri berkata usaha yang tersusun, terancang dan rapi adalah penting dalam situasi masa kini yang agak mencabar terutama dengan sikap putar belit pihak pembangkang."Ketika ini usaha sedang dimulakan. Dalam situasi sekarang ini beberapa isu dan masalah yang timbul mudah digunakan oleh pembangkang."Mereka guna pelbagai cara terutama media sosial untuk sebar dakyah, bidaah dan fitnah kepada BN. Apa saja yang kita buat mereka putar belit untuk tunjukkan segala usaha yang kita buat tidak memberi manfaat kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang bersama Jentera Induk Pilihan Raya BN Lembah Pantai di sini, Jumaat.
Ps: Di Pahang ni pun apa kurangnya. Ada sorang Ahli Parlimen tu dipilih oleh rakyat, tapi dia bantai lari ke Negeri orang lain pulak.
Semuanya bukan sebab diorang nak bantu rakyat sangat pun sebenarnya. Tu semua sebab GILA KUASA belaka. Jadi, macam mana nak bagi diorang perintah Negara sedangkan kawasan sendiri pun diorang GAGAL nak jaga!!!
Cikgu"S"
BalasPadamPasal Nurul Izah ni janganlah risau sangat.Budak baru berpolitik memang macam tu.Dia naik kerana tumpang nama bapak dia,kalau tidak sape pun tak kenal dia.Sekarang bapak dia pun sedang nyawa-nyawa ikan dalam keriar politiknya.Habis nak bergantung dengan siapa lagi?Azmin cuma bapak angkat aje,ape ade pada azmin?