Wah!!! Boleh tahan jugak dia ni rupanya. Sejak kalah dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang tempoh hari, dah jadi perunding dah sekarang ni. Siap nak buat perhimpunan lagi tu.
PAS akan mengadakan perhimpunan Generasi Guru Bermaruah 2012 bagi mendekatkan lagi mereka dengan golongan guru di negara ini.
Program yang dipelopori oleh Cikgu Normala Sudirman (gambar), bekas calon PAS pilihanraya kecil Tenang ini dijangka akan mengumpulkan 1,000 guru di Dewan Pusat Tarbiyyah PAS Parit Pechah, Muar, Johor.
Ia akan diadadakan Ahad 29 Januari ini dengan pelbagai pengisian.
Normala dalam kenyataannya berkata, warga pendidik memainkan peranan sangat penting dalam menggerakan aktiviti bersifat kemasyarakatan.
Golongan ini juga sangat dekat dengan masyarakat dan sangat dihormati justeru peranan yang disumbangkan dalam membentuk masyarakat selama ini.
Oleh itu, katanya, sekiranya tenaga mereka dapat digarap dengan tanzim yang tersusun, ianya mampu memberikan kesan yang amat besar dalam gerakan dakwah dan politik yang diperjuangkan PAS selama ini.
Kalau betul la dia rasa yang institusi perguruan ni memainkan peranan utama dalam masyarakat, menda kejadahnya dia sanggup lepaskan jawatan tersebut?
Bukannya dia tak boleh tolak pencalonan yang dibuat oleh PAS sewaktu Pilihan Raya Kecil tempoh hari. Penyudahnya, sampai suami sendiri pun sakit jiwa.
Kalau betul la PAS memang tak bagi dia tarik diri, nampak sangat la PAS ni tak mengamalkan sikap Demokrasi didalam parti. Sampai nak jadi calon pun kenapa main paksa.
Jadi tak heran la kalau diorang pecat pemimpin macam Datuk Dr. Hassan Ali sebelum ni. Semuanya sebab mereka tak mengamalkan sikap demokrasi. Semuanya kuku besi belaka.
Sudah - sudah la menipu rakyat ni Cikgu Mala oi!!! Semua orang sedar yang guru - guru ni memang besar jasanya kepada rakyat. Cuma dia je baru tau pasal semua benda ni!!!
pulak dah..... sedih ker mala dah takder kerja tetap? janganlah bersedih, PAS kan ker ader... anwar pun ader, esok lusa bleh lah ngko tambah friend-friend dari ISRAEL plak, anwar dah buat statement sokong ISRAEL tu... so korang pun tunjukkan sokongan padu kepada anwar dan ISRAEL, iktiraflah kekejaman mereka dan pembunuhan rakyat PALESTIN saudara seagama bagi umat ISLAM di MALAYSIA ni.... dalam al-Quran pun dah sebut, kaum yahudi @ ISRAEL adalah MUSUH ISLAM!
BalasPadamcikgu mala belajar meniaga buku pulak...
BalasPadamkesian cikgu mala..
tengok cikgu mala nampak macam orang berumur semenjak kalah di Tenang.
kesisn...
kesisn...
Cikgu bart
BalasPadamCikgu mala
Dua dua tak hebat
Dua dua tak tegha mana
Eloklah bertobat
Takut jadi tak tahwan hala