Isnin, Januari 30, 2012


KUALA LUMPUR, 30 Jan - Dewan Pemuda PAS pusat hari ini melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu  Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendakwa serangan yang dilemparkan seolah-olah mahu menjatuhkan Menteri Besar Kedah itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berkata semua pihak termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat perlu menghormati pandangan Azizan dalam isu penggantungan lima mahasiwa KUIN menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Tegas beliau, walaupun sayap pemuda PAS itu tegas untuk memansuhkan AUKU namun perbezaan pandangan perlu ditangani dengan baik.

"Apabila ada dari kalangan kita yang berbeza pandangan seperti menteri besar Kedah...beliau berbeza pandangan dengan kita mengenai AUKU maka tangani perbezaan pandangan ini dengan positif sebab perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh diselesaikan."

Jadi apabila menteri besar Kedah mempunyai pandangan berbeza, kita perlu dengan dan hadapi isu ini dengan baik...bukan serang bertubi-tubi, mengancam mahu jatuhkan kerajaan dan keluarkan kenyataan agar keluar PAS dan masuk Barisan Nasional (BN)," katanya menambah Pemuda PAS pusat konsisten berjuangan bersama Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mansuhkan undang-undang itu.

Nasrudin berkata pihaknya kesal dan kecewa dengan pihak tertentu yang bertindak menyerang Azizan yang sebelum ini menegaskan tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran KUIN.

"Kalau dengan kerajaan Umno-BN pun kita berunding mengenai AUKU, menteri pengajian tinggi dan timbalannya juga kita jumpa untuk bincang tapi mengapa dengan menteri besar Kedah kita pelakukan lebih teruk daripada BN?"

Sehingga ugut beliau keluar PAS, saya tidak nampak rasional melainkan saya bimbang ia adalah usaha untuk menjatuhkan reputasi dan kedudukan menteri besar Kedah...saya bimbang begitu tapi saya harap ia tidak berlaku," katanya.
Ps: Baru sekarang Si Nasa Tantawi ni sedar yang PAS mengekang Kebebasan Bersuara dikalangan ahli - ahlinya? 

Mana perginya dasar demokrasi dan keterbukaan yang dilaungkan oleh puak - puak Pakatan selama ini? Mana perginya Hak Kebebasan Bersuara yang diorang banggakan sangat tu?

Bila ahli bagi pandangan dan pendirian yang berbeza sikit, mula la ugut macam - macam. Kebebasan Bersuara menda kejadahnya kalau macam tu!!! Setakat bercakap, boleh la diorang ni. Tapi bila tiba bab perlaksanaan, mula la masing - masing mencari alasan!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Dak ehh.. nak tanya..:

    Sokong ker tak sokong AUKU ni..? Kerajaan BN kata nak 'pinda' AUKU. Maknanya.., AUKU tetap ADA, cuma dengan pindaan.

    Pakatan Rakyat nak macamana? Nak pinda atau nak buang terus..? Dok tengok2 tu.., macam dok mengempen nak hapuskan AUKU terus...

    Nyatakanlah pendirian dengan tegas, wahai Pakatan Rakyat., jangan dok berbelit2...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping