Isnin, Januari 30, 2012

KUANTAN - Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang (JBA) akan tetap diteruskan kepada Perbadanan Air Negeri Pahang (PAIP).
YAB Menteri Besar Pahang mengatakan sedemikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan yang dibuat oleh Presiden CUEPACS di Temerloh semalam.
Tambah beliau lagi, wujudnya perbezaan diantara Penswastaan dan juga Pengkorporatan dalam isu bekalan air ini.
"Ada beza diantara penswastaan dengan pengkorporatan. Pihak Kerajaan telah membuat keputusan supaya Jabatan Bekalan Air dikorporatkan," kata beliau ketika ditemui media hari ini.
Selian itu, beliau juga turut menjelaskan bahawa tujuan bagi langkah ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam membekalkan air kepada rakyat diseluruh Negeri Pahang.
"Biasanya dalam bidang korporat, pengurusannya lebih terurus dan lebih cekap secara relatif jika dibandingkan dengan Kerajaan.
Dan kepada rakyat, bekalan air tetap sama. Tarif air tidak akan dinaikkan sejak dari tahun 1982 sehingga sekarang tidak akan dinaikkan," katanya.
Pihak Kerajaan juga akan memberikan peruntukan tetap kepada PAIP sebanyak RM50juta setahun bagi tempoh lima tahun bagi tujuan penambah-baikan bekalan air di Negeri Pahang.
Beliau juga turut menyatakan bahawa pihak kakitangan JBA sedia ada tidak perlu risau dengan isu ini dan akan diberi makluman oleh pihak Kerajaan dalam masa terdekat.
"Majlis Penerangan akan kita buat dan tidak ada seorang pun kakitangan JBA, dari Pegawai Tinggi sehingga kepada kakitangan rendah yang akan diberhentikan apabila JBA digantikan dengan PAIP," katanya lagi. - BPUNP
Ps: Ini yang jadi masalah ni. Bila pihak Kerajaan tampil nak membantu rakyat, ada je pihak yang tak puas hati dan mempertikaikan mengenainya.


Itu pun diorang buat sebab diorang sendiri pun tak faham. Kalau dengan puak - puak Pakatan Pembangkang tu, tak payah cakap la. Kita sendiri pun tau. 


Diorang bukan ada kerja lain. Asyik nak mempertikai je kerjanya. Lepas tu menipu rakyat. itu je yang diorang tau buat pun!!! Bila suruh buat kerja, satu hapah pun diorang tak reti!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping