Masa depan negara tidak boleh diperjudikan dengan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada mereka yang terlalu mentah seperti Nurul Izzah Anwar.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kriteria pemilihan pemimpin nombor satu negara adalah berasaskan kepada kemampuannya untuk menjamin masa depan rakyat.
"Asasnya, mana-mana ketua parti yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen layak menjadi Perdana Menteri dan mereka berhak mengemukakan sesiapa sahaja.
"Tetapi ini tidak bermakna ia dilakukan untuk meraih simpati orang ramai. Rakyat dan masa depan negara perlu diberikan keutamaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pembangkang yang menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah sebagai calon Perdana Menteri sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum PRU Ke-13 nanti.
Perkara tersebut didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang menyatakan penonjolan Nurul Izzah itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.
Menurut Mohamed Mustafa, Nurul Izzah merupakan pemimpin yang masih mentah serta kurang dalam serba-serbi bagi memegang jawatan itu.
"Menjadi Perdana Menteri bukanlah seperti memimpin persatuan kecil, ia memerlukan individu yang benar-benar berwibawa, jadi rakyat harus berfikir untuk memilihnya," ujarnya.
Pensyarah Politik dan Kerajaan, Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayun Jawan pula berkata, tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan parti pembangkang sudah ketiadaan pemimpin yang berkaliber.
"Perkara ini menjatuhkan lagi harapan PKR untuk memenangi pilihan raya. Masih ramai calon berwibawa yang mereka ada tetapi budak-budak pula dicalonkan bagi menjadi Perdana Menteri," ujarnya.
Tambah beliau, perbuatan itu juga seolah-olah pembangkang sudah yakin bakal 'kehilangan' Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah apabila kes liwat beliau diputuskan pada 9 Januari ini.
Ps: Kita tunggu dan lihat, apa respon Si Nurul Izzah tu mengenai perkara ni nanti. Kalau dia jawab isu ni, bermakna dia memang ada hati nak jadi PM.
Tapi, soal utamanya tetap kelak. Dia bukan sahaja tak layak nak jadi PM. Malah nak jadi pemimpin pun dia tak layak sebab dia tak tau buat kerja!!! Yang dia tau menipu rakyat je. Bukan ada kerja lain!!!
Baik dia tolong jaga laki dia dengan baik. Ramai lagi orang yang lebih baik dari anak si Anwar nie. Jaga satu parlimen pun tak semengah. Lu nasib baik pasal naik ikut kroni. Kalau tidak lu cuma boleh jadi cikkgu ker, wartawan hiburan jer...
BalasPadamJangan Mimpilah nak jadi Perdana Menteri, ini semua kuasa ALLAH. Dia maha tahu apa yang terselindung di dalam hati kamu dan juga penyokong kamu.
Apa yang aku perhatikan, Bila Anwar dah tak da lagi, PKR akan lingkup. Apa kredebility yang mereka ada. Apa Jasa Kepada Rakyat yang mereka beri. Ingat negara ni persatuan bola jaring ker, mudah janji sana-janji sini...Abuk pun tak ada...Siapapun boleh beri Janji!!
Begitu besarnya amaran ALLAH pada orang yang berjanji. Semuanya akan dituntut di akhirat kelak...
Dia idup dalam dulang emas, mana tau susah. Sebab tu dia mudah tabur janji sana sini.
BalasPadamTapi ramai jugak orang di luar sana terpesona dengan cakap-cakap bohongnya.
dah memang mentah pun, takkan nak panggil masak...heheh...ini kes anak mentah bapak basi..
BalasPadam