Jumaat, Januari 27, 2012


Semua orang tahu yang tindakan PAS Pusat memecat keahlian Datuk Dr. Hassan Ali bulan lepas telah membawa kecelaruan didalam parti itu sendiri.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila beliau juga turut digugurkan dari jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor walaupun tempoh merayu semula masih belum tamat.

Nampak sangat yang puak - puak Pakatan di Selangor memang berhasrat nak gugurkan Dr. Hassan Ali atas sebab - sebab tertentu. Bukan sebab perjuangan Pakatan.

Senario itu juga turut di burukkan lagi apabila wakil baru PAS tidak diberikan hak untuk menjaga portfolio Hal Ehwal Islam walhal ianya menjadi portfolio standard buat PAS.

Secara tak lansung, keadaan itu telah membuatkan PAS Selangor menjadi buntu untuk berhadapan dengan ahli - ahli mereka sendiri.

Diorang jelas tak tahu bagaimana nak tutup aib yang dicipta oleh mereka sendiri. Maka nak tak nak, terpaksa la Pusat Penyelidikan PAS (PPP) tampil dengan alasan yang paling bongok.

Menurut kajian tersebut, kesan tindakan memecat keahlian Datuk Dr. Hassan Ali hanya memberikan kesan minima. Ia lebih cenderung ke arah Positif dari Negatif.

Jika benar dakwaan yang dibuat oleh PPP ni, mengapa Pesuruhjaya PAS Selangor dan seluruh kepimpinannya masih membuat dakwaan yang bukan - bukan?

Dr. Rani tampil mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali dan menyifatkannya sebagai 'Mimpi Di Siang Hari'.
SHAH ALAM: Kenyataan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bahawa kewujudan kuasa ketiga yang sedang dibina untuk menarik sokongan masyarakat dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai ‘mimpi disiang hari’.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyifatkan sedemikian sambil berkata Hasan Ali terperangkap dengan soalan yang diajukan kepada beliau ketika program Bual Bicara Soal Jawab di TV3, Rabu lalu.
Dr Rani yang turut mengikuti siaran program itu mempersoalkan golongan mana dimaksudkan Hasan Ali untuk menyertai gelombang kuasa ketiga tersebut.
“Saya tanya siapa wakil yang dimaksudkan itu? Adakah ia ulama sedangkan beliau (Hasan Ali) sebelum ini kata ulama adalah profesional.
“Beliau terperangkap dengan soalan ni. Lagipun banyak soalan yang tidak dijawab. Bagaimana beliau nak bentuk kuasa ketiga jika tiada komponen?
“Andaian beliau ini umpama mimpi di siang hari. Jika benar nak wujudkan kuasa ketiga maka perlu bertindak untuk tegur mana-mana parti.
“Tegurlah PAS, Umno, kenapa tidak kes NFC juga? Tapi kuasa ketiga ini akan condong dan akhirnya membawa kepada gerakan Umno,” katanya ketika diaju soalan berhubung kuasa ketiga oleh bekas exco agama kerajaan negeri itu.
Ternyata, kesan yang menimpa PAS akibat pemecatan Dr. Hassan Ali tu bukan sekadar pada tahap minima. Tetapi ianya lebih daripada itu. Imej PAS tercalar teruk akibat tindakan tu.

Hanya semata - mata Dr. Hassan Ali mengkritik hala tuju PAS dan menyeru agar ahli - ahlinya agar tidak terus menyokong Si Ketua Penipu, maka keahliannya dilucutkan.

Adakah ini yang dikatakan sebagai perjuangan Islam? Dimana perginya laungan pembebasan Hak Bersuara yang menjadi dasar perjuangan Pakatan Pembangkang tu?

Kalau ye pun rumah dah berantakan ibarat retak menanti berderai, takkan la diorang sanggup tipu ahli sendiri kot!!! Itu bukan perjuangan Islam namanya!!! Itu perjuangan Kepala Tengkorak Dia!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. aikk..dari cerita pemecatan dr hassan, hilang profail agama, sebut juga isu NFC..apa kaitan NFC dengan kes dr hassan ali? kenapa rani ni tak berani nak sebut kes DUMC sebaliknya sebut kes NFC?

    Ada makna ni hehehehe

    BalasPadam
  2. dia tak berani sentoh soal murtad sebab dia juga adalah salah seorang agen memurtadkan orang lain. osstad pas sorang pun tak betul

    BalasPadam
  3. Ustaz/ulama dibuang. Kafir harbi di junjung. Tak lama lagi terlingkup lah...Penyokong PAS Selangor.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping